Monday, February 16, 2009

Qal’ah (kubu ) Sultan Salahuddin al-Ayubi rahimahu’Llah

Qal’ah Sultan Salahuddin al-Ayubi atau lebih dikenali dengan benteng Salahuddin al-ayubi merupakan kawasan yang sangat luas. Benteng ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Medan Saiyyidah Aisyah. Idea pembinaan kubu ini adalah hasil cetusan Sultan Nasir Salahuddin al-Ayubi sendiri dan pembinaannya dilaksanakan pada tahun 1183M. Baginda melihat bahawa Kota Kaherah begitu luas dan besar, terdedah kepada bahaya dan serangan kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang ampuh sebagaimana di Halab dan Dimasyq, Syiria khususnya semasa perang Salib berlaku.

Pembinaan kubu yang terletak di atas bukit ini memerlukan asas yang kukuh dan utuh zaman berzaman. Panglima Salahuddin al-Ayubi telah mengarahkan agar diambil batu yang terdapat di Piramid di Giza, untuk dijadikan sebagai batu asas kubu tersebut. Kubu ini dikelilingi pagar yang tinggi untuk mengelakkan musuh menceroboh masuk.

Untuk memasuki kubu ini, terdapat beberapa pintu utama diantaranya pintu Fath, pintu Nasr, pintu Khalk dan pintu Luq. Kemudian terdapat saliran air sebagai bekalan kegunaan tentera pada masa itu. Saliran ini bermula dari sungai Nil menghubungi ke kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi. Banyak kesan sejarah yang terdapat di kubu tersebut yang dibina sejak zaman pemerintahan kerajaan Ayubiah dan diluaskan sehinggalah zaman kerajaan Uthmaniyyah. Di bahagian utara kubu ini terletaknya Masjid Mohammad Ali Pasha yang diperbuat daripada marmar dan granit.

Terdapat juga di dalam kawasan benteng ini Muzium Polis, Qasrul Jawhara (Muzium Permata) yang mengandungi perhiasan raja-raja Mesir. Terdapat juga Mathaf al-Fan al-Islami (Muzium Kesenian Islam) yang terletak di bab (pintu) Khalk yang menyimpan sekitar ribu barang yang melambangkan kesenian Islam semenjak zaman Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wasallam sehingga sekarang antaranya surat Rasulullah yang diutuskan kepada pemimipin Mesir ketika itu bernama Maqauqis agar beliau mentauhidkan Allah Taala.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

.::Rise Of Islam::.

FOM Ads II
FOM Ads

Rangkaian Islam

Download

Followers

سبحان الله

Tazkirah Hari ini

Kata2 Imam Syafie : Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?"
Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."


  © Blogger template 'Grease' by Fariezatie 2010

Back to TOP