Monday, April 27, 2009

Jadual Imtihan Usuluddin

klik pada gambar untuk Resolusi lebih jelas

Tips study group...

Dibawah disenaraikan 9 tips study group

1. Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar. Kumpulan yang terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian.

2. Fokus pada tajuk yang ingin dibincangkan.

3. Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagai ‘ketua’ untuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan.

4. Tapi jangan serius sangat,santai-santai jer...nanti takde lah ahli dalam study group ana rasa boring,masing-masing kena ambil peranan...wat kopi ker syai ker...

5. Baca tajuk yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.

6. Tentukan masa, tempat dan tarikh yang bersesuaian dengan ahli.

7. Buka sesi soal jawapan selepas tamatnya pembentangan.

8. Elakkan perasaan kurang senang dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi.

9. Saling memberi dorongan antara satu sama lain.Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut.

Insya Allah anda akan beroleh natijah yang cemerlang nanti...

Saturday, April 25, 2009

Orang Pendiam Sebenarnya Sangat Bijak

Mungkin anda kurang tahu dengan fakta mengatakan orang pendiam sebenarnya sangat bijak, apatah lagi diam-diam berisi. Mereka diam sebab tak mahu bercakap banyak, bahkan lebih suka memerhati, mempelajari dan menganalisis.


Anda jangan silap dengan memandang rendah pada orang pendiam. Mungkin mereka tidak menampakkan apa-apa yang terzahir, tapi mereka banyak menyimpan maklumat tersirat yang hanya menunggu masa untuk dikeluarkan lalu dipertontonkan.

Salah satu sikap positif orang pendiam adalah, mereka selesa dengan diri sendiri dalam dunia sendiri. Mereka tak mengacau sesiapa, tak mengata sesiapa, tak mengumpat sesiapa dan tak pernah suka sibuk-sibuk mengambil tahu hal sesiapa kerana itu tak penting bagi mereka. Mereka tenggelam di dunia sendiri.

Orang pendiam membina kekuatan dalam diam. Orang pendiam suka belajar apa saja perkara, kerana itu, ramai di kalangan orang pendiam berjaya dalam apa yang mereka usahakan. Mereka set matlamat untuk diri sendiri kemudian bekerja keras mencapai matlamat itu sebab itu lebih penting pada mereka.

Orang pendiam menjauhkan diri dari perkara-perkara yang mereka rasa tak penting dan tak menyumbang kepada kemajuan diri mereka.

Sunday, April 19, 2009

Hati@Cermin

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...Alhamdulillah...sedikit binkisan sebelum ana tidur,sedang duk study khasas Al-Quran...tiba2 ana teringat tentang kata2 yang nukil oleh Allahyarham ust hanafi,beliau adalah guru silat ana...katanya (Ikhlas itu adalah di hati,bukan di baju bukan di serban bukan di janggut bukan di jubah bukan di tasbih panjang)...apa yang ana nak kata disini kita tgk diri kita pon dah cukup ape kah yang kita laku kan selama ni ikhlas lillahi Taala...sekadar muhasabah diri...ala kullihal semua yang bermula itu adalah datang dari hati insan itu sendiri,hanya Allah sebaik2 penilai setiap hati hambanya...sebanyak mana rahmat yang Allah berikan kepada kita...kita sentiasa dekat hati kita,diri kita kepadanya...sebagai tanda syukur kepada yang Maha Esa...buat sahabat yang bakal menghadapi imtihan fasa ke dua ni..ana mohon jutaan kemaafan sekiranya selama ini ada terkasar bahasa tersilap kata...hidup kat dunia ni klu nak puaskn hati semua orang memang tak boleh..tetapi kita kena sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik...ok la da penat nak tido pulak..."hati itu ibarat cermin,kalau kita selalu lap bersihkn insya Allah ianya takkan berkulat dan nampaklah seluruh diri kita,kalau dibiarkan lama2 nanti ade la tompok2 kat kaca tu maka kabur lah cermin 2 nnt"ok la selamat malam semua...sekadar coretan klu ade salah mohon teguran dan tunjuk ajar dari sahabat2...Assalamualaikum...

Tuesday, April 14, 2009

Tuan Guru Ghazali Batu 26: Penasihat Sultan Perak


















SALAH seorang ulama besar Perak yang bersama-sama mengasaskan PAS pada 1951 selain Mufti Haji Ismail Hamzah, Sheikh Zubir al-Filfulani, Mufti Haji Ghazali Abdullah, Tuan Guru Haji Mohd Arshad Mohd Salleh dan Tuan Guru Haji Abdul Samad Nuh ialah Tuan Guru Dato Haji Ghazali Arshad atau lebih masyhur namanya sebagai Tuan Guru Haji Ghazali Batu 26.

Penglibatan para ulama terkenal ini dalam PAS telah meletakan PAS sebagai sebuah parti yang berpengaruh di Perak dan negeri ini menjadi kubu kuat PAS pada dekad 1950-an.

Tuan Guru Haji Ghazali walaupun lebih terkenal kerana institusi pendidikannya di Batu 26, Bagan Datoh dan kegiatan dakwah beliau sebagai penasihat Sultan Perak dalam soal agama, beliau sebenarnya pakar rujuk PAS dalam soal hukum agama.

Tuan Guru Haji Ghazali bin Arshad bin Muhamad Rashid bin Sheikh Mansur telah dilahirkan di Pasir Panjang Laut, Setiawan Perak pada 13 Rabiul Akhir 1319 Hijriyah (1901).

Moyangnya Sheikh Mansur berasal dari Yaman, manakala ibunya, Hajah Puteri Madinah Mat Saman berketurunan Megat Terawis, pahlawan Perak yang terkenal itu.

Walaupun bapanya tinggal di luar bandar tetapi mempunyai kesedaran agama yang tinggi kerana di sekitar Setiawan ketika itu terdapat beberapa orang ulama seperti Kadi Haji Alias Hussein (ayahanda Dr Haji Abbas Alias, bekas Yang Dipertua Agung PAS) dan Kiyai Haji Abdul Latif Abdul Hamid (ayahanda Ustaz Baharuddin Latif, bekas Setiausaha Agung PAS).

Pada awalnya, Haji Ghazali dihantar belajar di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut selama lima tahun. Pada 1912, beliau dimasukkan ke Pondok Lubuk Merbau, kemudian berhijrah ke Kedah kerana berguru dengan Tuan Hussin Kedah di Pondok Bagan Ulu, Pantai Merdeka dan Pondok Selengkoh, Sungai Limau, Yan. Setelah itu, beliau mengambil masa lima tahun lagi untuk mendalami ilmu agama di Madrasah al-Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam di bawah bimbingan Sheikh Salleh Masri sehingga 1919.

Setelah pengajian peringkat asas ditamatkan, Tuan Guru Haji Ghazali bertolah ke Makkah kerana mahu menambahkan lagi ilmu agamanya. Di Makkah beliau mengambil kesempatan untuk menadah kitab dengan ulama-ulama di Masjidil Haram.

Dalam masa yang sama, Haji Ghazali telah memasuki Madrasah Shaulatiyah al-Hindiyah, sebuah pusat pendidikan Islam yang terkenal di Makkah ketika itu dan dikendalikan oleh ulama-ulama anti-British dari India.

Selepas empat tahun, beliau lulus Syahadah Nihayah pada 1926. Haji Ghazali tidak terus pulang, sebaliknya menyambung pengajian dalam halaqat ulama di Masjidil Haram dan pusat pengajian lain di Makkah sehingga 1930. Antara gurunya di Makkah ialah Sheikh Hassan al-Masyat, Pak Da Ail al-Fathani, Sheikh Muhammad Ali al-Maliki, Sheikh Ahmad Khurasan, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok, Sheikh Harun Kambang Minangkabau, Syed Hussin Abdul Nabi, Sheikh Ibrahim Zaidan dan Sheikh Mokhtar Atarid.

Selepas 11 musim haji menggali ilmu di Makkah, barulah beliau pulang di Malaya. Beliau dikatakan alim dalam ilmu balaghah, mantik, falakiah, tafsir, hadis dan fekah. Selepas kembali ke Tanah Melayu, Haji Ghazali menyambung pengajiannya dengan Tuan Hussin Kedah di Pondok Pokok Sena, Seberang Prai dan sempat bersama dengan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, bekas Bendahari Agung PAS.

Sebaik sahaja pulang ke Perak, Haji Ghazali telah melangsungkan perkahwinan dengan Hajah Zabedah Haji Salleh. Ketika itu juga, beliau memasang tekad untuk membuka pusat pengajian sendiri. Dengan menggunakan bangsal kendurinya, beliau mengasaskan Madrasa ad-Diiniah di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh iaitu di rumah mentuanya.

Penubuhan ini disokong kuat oleh iparnya, Haji Arshad Haji Salleh sehingga Haji Ghazali menamakan madrasah tersebut sebagai Madrasah Irshadiyah Diiniyah. Di peringkat awal madrasah ini mengajarkan ilmu-ilmu asas Islam seperti fiqh, usuluddin, akhlak, tajwid dan bahasa Arab.

Bagaimanapun pada 1935, madrasah ini telah berpindah ke Hujung Matang atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Batu 26, Bagan Datoh. Sejak itu, Tuan Guru Haji Ghazali menghabiskan perjuangannya membangunkan generasi baru Islam di madrasah ini seingga akhir hayatnya.

sembah derhaka

Nama Haji Ghazali terkenal dengan cepat di Perak selepas pembukaan madrasah ini. Hal ini menarik perhatian Sultan Iskandar Alang Shah. Pada 1935 baginda mahu melantik beliau sebagai guru agama kepada Sultan Perak. Bagaimanapun beliau memohon sembah derhaka dengan menolak permintaan Sultan itu.

Haji Ghazali kemudian dilantik oleh Sultan Perak sebagai Ahli Majlis Ulama Perak pada 1936. Bagaimanapun kegiatan dakwah beliau terganggu pada 1942 ekoran meletusnya Perang Dunia Kedua yang menyebabkan keluarganya terpaksa berpindah ke Sungai Manik.

Pada 1946 madrasah ini dibuka semula dan menerima pelajar dari seluruh negara. Pada 1960, Haji Ghazali telah mengetuai jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar untuk mencari dana bagi membina bangunan baru. Akhirnya pada 1970, madrasah ini berwajah baru dengan nama Sekolah Menegah Agama Irshadiyah Persendirian, dan pada 1998 madrasah ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran.

Sekolah Menegah Agama Irshadiyah telah memperkenalkan sistem pembelajaran agama dan Arab pada sesi pagi, manakala kelas akademik di sebelah petang. Sijil keluaran madrasah ini, iaitu Syahadah Thanawi telah mendapat pengiktirafan Universiti al-Azhar.

Dalam pada itu juga, madrasah ini telah menjadi pusat kegiatan Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) semenjak awal 1960-an lagi.

Selain memberikan tumpuan kepada kegiatan dakwah khassah di madrasah ini, beliau juga memberi tumpuan kepada dakwah am seperti mengajar di masjid-masjid dan terlibat dalam kegiatan masyarakat.

Kerana keilmuan beliau, pada 1964 Sultan Perak telah menawarkan beliau jawatan Mufti Perak, tetapi beliau sekali lagi memohon sembah derhaka menolak tawaran itu kerana ingin memberi tumpuan kepada madrasahnya.

Pada 1976, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Menilai Darjah Kealiman Calon-calon Mufti Kerajaan Negeri Perak yang memilih bekas Imam Besar Masjid Negara, Haji Ghazali Abdullah yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS sebagai Mufti Perak pada 1977.

Selain kgiatan dakwah ini, Haji Ghazali juga terlibat dalam kegiatan politik semenjak di Makkah lagi. Beliau sebagi pelajar lepasan Madrasah Shaulatiyah mempunyai semangat antipenjajah yang kuat. Kerana itu, beliau mendukung perjuangan Hizbul Muslimin pada 1948 dan terlibat secara aktif dalam Majlis Ulama Hilir Perak. Majlis ini bertanggungjawab mencadangkan kepada Umno supaya mengadakan Persidangan Ulama Se-Malaya pada 1950.

Setelah Persatuan Ulama Se-Malaya ditubuhkan pada 23 Ogos 1951, Haji Ghazali menjadi salah seorang pengasas PAS apabila beliau turut menyertai Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Butterwoth pada 24 November 1951. Dalam persidangan ini nama persatuan ini diubah kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).

Haji Ghazali tidak pernah memegang jawatan tinggi dalam PAS kerana memberikan tumpuan kepada madrasahnya. Namun begitu, beliau telah menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dalam hukum-hakam agama. Pada 1962, beliau dilantik menganggotai Jawatankuasa Tarjih Dewan Ulama PAS Pusat, iaitu sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam soal hukum agama seumpama majlis fatwa PAS.

Penlibatan Haji Ghazali bersama PAS berterusan sehingga akhir hayatnya walaupun beliau tidak menonjol dalam kepemimpinan parti. Selepas bersara daripada kegiatan pendidikan kerana usia lanjut, Haji Ghazali mentelaah kitab-kitab agama di sebuah pondok berhampiran Madrasah Irshadiyah.

Kerana sumbangan besar beliau dalam dunia dakwah dan pendidikan, pada 1989 Tuan Guru Haji Ghazali dianugerahkan sebagai Tokoh Ulamak Silam oleh UKM, diikuti oleh anugerah Tokoh Maal Hijrah Hilir Perak (1989), Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak (1990) dan anugerah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1992 yang membawa gelaran Dato.

Lima tahun kemudian, iaitu pada 10 Mei 1997, Tuan Guru Dato Haji Ghazali Arshad telah meninggal dunia dalam usia 98 tahun. Antara muridnya yang terkenal ialah Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh, Ketua Dewan Ulama PAS, Tuan Guru Haji Hashim Abu Bakar (Mudir Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan) dan Prof Madya Dato Salleh Haji Ahmad, bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang juga bekas Ahli Majlis Syura Ulama PAS.


by.Mohd Fadli Ghani

Saturday, April 11, 2009

Hamam Cleopatra...@ Pantai Cleopatra


Cleopatra akan mengingatkan kita tentang ratu cantik jelita
dari Mesir. Tapi sebentar, Cleopatra yang mana…?ha! itu yang kite tak tahu tu..hehehe.. Kerana tercatat dalam sejarah Mesir Kuno - terdapat TUJUH ratu yang bernama Cleopatra.

Lalu dari ketujuh Cleopatra tersebut, mana yang paling terkenal danjuga tercantik..? Ia adalah Cleopatra VII. Sedemikian jelitanya ratuyang satu ini, sampai memikat hati dua penguasa Rom yaitu Julius Caesar dan Mark Anthony, di dua zaman berbeza.

Akibat daya tarik Cleopatra ini pula, Triumvirate (tiga penguasa)
Rom jadi berbalah satu sama lain. Demi mendapatkan Cleopatra, Mark
Anthony rela meninggalkan isterinya, yang merupakan adik Octavianus.
Terang saja Octavianus marah besar. Ia pun menyerang Mark Anthony dan
Cleopatra dengan menggunakan armada tempurnya. Pasukan Mark Anthony
dan Cleopatra kalah dalam pertempuran di Actium, Yunani tahun 33 sM.

7 km dari Marsa Matruh, disini terdapat Hamam Cleopatra(tempat mandi) dan juga tempat bersiram permaisuri cleopatra,Belakang hamam Cleopatra adalah kawasan paling merbahaya kerana batunya yang licin,curam dan ombak yang begitu kuat,untuk sampai ke hamam Cleopatra pelancong perlu melalui lantai batu yang licin dan ombak terdapat juga kesan pahat di dinding hamam ini.


TELUK AJIBAH

10 KM dari Marsa Matruh, dinamakan Bahar Ajibah (laut Ajaib) kerana keindahan pantainya yang menghijau dan membiru,siapa yang melihatnya pasti berasa kagum dan terpesoan dengan keindahan ciptaan Allah SWT kerana lautnya mempunyai tujuh warna berlapis apabila dilihat pada waktu senja...dari pancaran matahari yang cukup menggambarkan indahnya ciptaan Allah...Subbhanallah....

Ekspedisi matruh & siwa

Related Posts with Thumbnails

.::Rise Of Islam::.

FOM Ads II
FOM Ads

Rangkaian Islam

Download

Followers

سبحان الله

Tazkirah Hari ini

Kata2 Imam Syafie : Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?"
Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."


  © Blogger template 'Grease' by Fariezatie 2010

Back to TOP