Thursday, February 19, 2009

Pengenalan Matruh Dan Siwa


Matruh mempunyai pantai yang tercantik di dunia,Matruh juga mempunyai pantai dimana Cleopatra pernah bersiram dan mandi disana yang dipanggil (Hammam Cleopatra),Matruh merupakan sebuah pekan pantai,dan tempat ratu Cleopatra dan Mark Anthony suatu ketika dahulu mempunyai sebuah istana. Matruh atau nama asalnya Marsi Matruh terletak di barat laut Mesir, jarak ke Matruh adalah 600 km dari Kota Kaherah dan mengambil masa 9 jam perjalanan untuk sampai kesana dengan menaiki bas,Perjalanan menuju ke Matruh ini kawasan sekitarnya di kelilingi padang pasir dan melalui Iskandariah dan Al Alamin.Matruh juga merupakan pusat peranginan sederhana pada musim panas yang mempunyai mercu tanda seekor kijang,Buah zaitun dan Anggur merupakan tanaman utama bagi Matruh.terdapat kawasan tinggalan perang antara Mesir Jerman dan Perancis yang di kenali sebagai Mathaf Al Alami.

Manakala Siwa pula merupakan kawasan Oasis yang subur di kelilingi padang pasir.Kawasan subur ini mengandungi tasik dan tanaman yang subur seperti tamar dan zaitun di mana Siwa merupakan kawasan pengeluar utama Mesir bagi kedua-dua jenis tanaman tadi. Siwa juga kawasan pemerintahan Cleopatra dan juga Alexender pernah datang kesini kerana kecantikan Cleopatra.jarak perjalanan dari matruh ke siwa sekitar 360 km yang mengambil masa 4 jam perjalanan.

Siwa juga dikenali sebagai Jazirah Malah(Garam) kerana di kelilingi oleh lautan garam iaitu 90 km dari paras laut. juga di kenali Jazirah Balah (Buah Kurma) kerana terdapat banyak pokok kurma, Jazirah Fatmas ini telah di namai oleh orang2 barat, dinamakan Jazirah kerana terletak ditengah2 laut Jerman,disini terdapat kebun yang terletak di tasik garam,di sini juga terdapat sebuah kolam mandi Cleopatra dan menjadi sumber air bagi kebun di situ,Oasis siwa di kelilingi padang pasir yang luas dan terletak di bahagian barat Qattara di engah-tengah padang pasir Libya dalam negara Mesir ini,jaraknya ketenggara matruh sekitar 300 km.

Di Siwa terdapat kilang air mineral yang berjenama AQuA Siwa dan Safi, Siwa juga adalah pengeluar Kurma,Minyak Zaitun,Buah Zaitun dan Balah Billuz(Kurma dan Kacang)yang terbesar di Mesir dan kota kedua terbesar di dunia sebagai pengeluar tamar dan zaitun,masyarakat Siwa mengunakan bahasa Barbar(bahasa dari libya) sebagai bahasa perantaraan diantara mereka serta merupakan golongan yang susah menerima Islam pada suatu ketika dahulu.Tetapi apabila memluk Islam mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada ajaran Islam.

P/s kepada sesiapa yang ingin melancong ke matruh dan siwa jangan cari kenderaan yang takder aircond tau..kalau tak nanti jadi ikan bakar ler hik hik hik...

Monday, February 16, 2009

Qal’ah (kubu ) Sultan Salahuddin al-Ayubi rahimahu’Llah

Qal’ah Sultan Salahuddin al-Ayubi atau lebih dikenali dengan benteng Salahuddin al-ayubi merupakan kawasan yang sangat luas. Benteng ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Medan Saiyyidah Aisyah. Idea pembinaan kubu ini adalah hasil cetusan Sultan Nasir Salahuddin al-Ayubi sendiri dan pembinaannya dilaksanakan pada tahun 1183M. Baginda melihat bahawa Kota Kaherah begitu luas dan besar, terdedah kepada bahaya dan serangan kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang ampuh sebagaimana di Halab dan Dimasyq, Syiria khususnya semasa perang Salib berlaku.

Pembinaan kubu yang terletak di atas bukit ini memerlukan asas yang kukuh dan utuh zaman berzaman. Panglima Salahuddin al-Ayubi telah mengarahkan agar diambil batu yang terdapat di Piramid di Giza, untuk dijadikan sebagai batu asas kubu tersebut. Kubu ini dikelilingi pagar yang tinggi untuk mengelakkan musuh menceroboh masuk.

Untuk memasuki kubu ini, terdapat beberapa pintu utama diantaranya pintu Fath, pintu Nasr, pintu Khalk dan pintu Luq. Kemudian terdapat saliran air sebagai bekalan kegunaan tentera pada masa itu. Saliran ini bermula dari sungai Nil menghubungi ke kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi. Banyak kesan sejarah yang terdapat di kubu tersebut yang dibina sejak zaman pemerintahan kerajaan Ayubiah dan diluaskan sehinggalah zaman kerajaan Uthmaniyyah. Di bahagian utara kubu ini terletaknya Masjid Mohammad Ali Pasha yang diperbuat daripada marmar dan granit.

Terdapat juga di dalam kawasan benteng ini Muzium Polis, Qasrul Jawhara (Muzium Permata) yang mengandungi perhiasan raja-raja Mesir. Terdapat juga Mathaf al-Fan al-Islami (Muzium Kesenian Islam) yang terletak di bab (pintu) Khalk yang menyimpan sekitar ribu barang yang melambangkan kesenian Islam semenjak zaman Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wasallam sehingga sekarang antaranya surat Rasulullah yang diutuskan kepada pemimipin Mesir ketika itu bernama Maqauqis agar beliau mentauhidkan Allah Taala.

Masjid Saidina Hussain RA

Masjid ini terletak berhampiran dengan Masjid Al-Azhar. Menurut setengah pendapat ada yang menyatakan kepala Saidina Husein dikebumikan di sini. Sesetengah pendapat lain pula menyatakan kepala beliau dikebumikan di Baqi', Madinah al Munawwarah.

Dikatakan juga di dalam masjid ini tersimpan barang peninggalan Rasulullah sallAllahu alai wasalam seperti pakaiannya, celak, sejengkal bahagian tongkat Rasulullah dan beberapa helai janggut Baginda juga helaian al Quran yang ditulis oleh Saidina Ali KaramAlahu wajhah. Kebetulan al Quran tersebut merupakan al Quran yang dibaca oleh Saidina Osman radhiAllahu an.hu sewaktu beliau dibunuh.

Namun sejauh mana kebenaran situasi dan lokasi berlakunya peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Masjid ini juga pernah menjadi Masjid Negara Mesir sebelum perpindahannya ke Masjid baru yang terletak di Abbasiyyah yang dikenali sebagai Masjid anNur yang kekal sehingga sekarang.

Sunday, February 15, 2009

Masjid Amru al-’As radhiAllahu anhu


Masjid Saidina Amru al-‘As merupakan masjid yang pertama didirikan di kawasan benua Afrika ini. Masjid ini telah dibina oleh Saidina Amru ibn al ‘As bersama beberapa orang sahabat ketika itu. Khalifah Umar al Khattab radhiAllahu an.hu telah memeberi tanggungjawab kepada Amru al ‘As untuk membina masjid setibanya berjaya membuka Mesir. Pembinaannya dimulakan pada tahun 21H / 641M di Fustat , Ibu Kota Mesir pada waktu itu sebelum Kaherah.

Kewafatannya,Saiyidina Amru Al As RA meninggal dunia tepat pada malam Aidul Fitri Tahun 43 Hijrah.Mengikut pendapat setengah riwayat,beliau dikatakan dikebumikan damaqam saiyidina Uqbah Bin Umair RA.

Dengan berbekalkan kumpulan tenaga kerja yang lebih 60 orang sahabat baginda Rasulullah SallAllahu alaihi wasalam. Masjid ini dibina dan ia dikenali sebagai Masjid Amru al ‘As bersempena dengan nama panglima Islam yang telah membuka Mesir.

Pada peringkat awal , ia merupakan masjid yang menjalankan pengajian keilmuan yang tulen dari ulama' yang ikhlas menyatakan ilmu Allah Taala. Imam Syafei rahimahu’Llah telah memulakan kelas pengajiannya di dalam masjid ini dan memperkenalkan mazhab barunya yang dikenali sebagai 'Mazhab Jadid'. Masjid ini telah beberapa kali mengalami proses pemulihan dan perluasan. Hingga kini proses pemuliharaan dan pengindahan masjid ini masih terus dijalankan oleh pihak kerajaan Mesir bagi menjaga keindahan dan keunikannya dari zaman berzaman.

Al Azhar As Syarif


Universiti Al - Azhar
Usianya telahpun menjangkau lebih seribu abad. Bangunan-bangunan lama masih terus didiami, lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap, lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya bandar ini. Walau bagaimanapun, situasi ini seakan tidak terasa, hilang terselindung di sebalik kegemilangan sinar mutiara agung para cendekiawan Mesir, Al Azhar.

Al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering menggegarkan dunia jahiliyyah. Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka secara syura. Akibatnya Pihak musuh sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan Al Azhar. Semakin hari Al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan. Antaranya Dr. Yusuf al-Qardhawi, Dr Omar Hashim, Dr Sayyid Ahmad Musayyar, Dr Musa Syahin Lashin, Dr Ali Jumaah, Dr. Husin Husin Syuhatah dan ramai lagi.

Selain itu Al-Azhar juga membuka cawangan-cawangan di beberapa muhafazah (daerah besar) di Mesir.Antara cawangan Al Azhar,Mansurah,Tanta,Dumyat,Shibin El kom,Zaqaziq,Iskandariah.

Sehingga ke saat ini Universiti Al Azhar telah memiliki berbagai-bagai cabang hubungan antarabangsa di dalam bidang pendidikan dan hampir ke seluruh di negara-negara Eropah, Afrika, dan Asia ,seperti Indonesia, Thailand, China dan lain-lain lagi
Universiti al-Azhar menjadi simbol kepada para penerus warisan perjuangan Islam baik di Timur mahupun di Barat. Ia merupakan benteng pertahanan keilmuan dan pemikiran daripada terjahan dan serangan musuh-musuh Islam.

Al-Azhar merupakan lembaga keilmuan Islam yang besar yang menjaga turath Islamiyyah dan menyebarkan misi dan amanah Islami kepada segenap umat di pelusuk-pelusuk bumi. Kini, masjid yang bersejarah yang telah dibina oleh arkitek Islam di zaman pemerintahan Fatimiyyah, Jauhar as-Saqali tetap utuh dan kekal walaupun ia bukan lagi seratus peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti pada zaman beliau. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai pusat penyebaran ilmu Islam tetap gemilang sehingga sekarang.

Kedudukannya di Kota Kaherah sejak era Fatimiyyah lagi masih tidak melunturkan kesan khazanah ilmu walaupun bangunannya yang antik sering dibaik-pulih, namun ia terus bercahaya melahirkan intelektual Islam mencorak masyarakat masa hadapan. Mengikut catatan sejarah, Khalifah Aziz Billah merupakan pengasas kepada penubuhan universiti Islam pertama di dunia iaitu Al Azhar. Pemugaran masjid tersebut sentiasa terserlah sejak zaman berzaman.

Pengenalan Sejarah Mesir


Peradaban Mesir terkenal sebagai salah satu di antara sejarah peradaban manusia tertua di dunia dan dikenali dengan sistem pentadbiran negara paling maju dalam hubungan sosial di zamannya. Namun masyarakat yang “beradab” ini, pada masa era pemerintahan Firaun telah menyaduri sistem dajal ke dalam sistem kerajaan mereka.

Hal ini disebutkan secara jelas dalam al Quran dalam bahasa yang amat jelas dan nyata. Mereka bersifat bongkak, angkuh dengan kebanggaan diri. Akhirnya baik peradaban mereka yang maju, mahupun kemajuan sosial politik mereka bahkan dengan tentera yang kuat sekalipun tidak mampu menyelamatkan diri ketika mereka dihancurkan.

“Kami menceritakan kepadamu sebahagian daripada kisah Musa dan Firaun dengan benar untuk orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk ke dalam orang-orang yang berbuat kerosakan. Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi ( bumi ). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi serta akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman beserta tenteranya apa yang selalu mereka bimbangkan daripada mereka itu”

Mesir telah dibuka oleh sahabat NAbi Muhammad SAW yang bernama saiyidina Amru Al As RA pada tahun 6 H dan menurut satu riwayat pada tahun 20 H. Iskandariah pula dibuka pada tahun 25 H setelah dikepung selama 3 bulan.

Setelah Mesir dibuka,saiydina Amru bin Al As RA telah membuka ibu negerinya yang diberi nama Fusthat yang bermakna Khemah oleh kerana disekitar khemahnya telah banyak khemah lain telah didirikan, Kemuadian beliau telah mendirikan sebuah masjid yang diberi nama Masjid Amru bin Al As.

Masjid ini pernah menjadi sebuah pusat pengajian ilmu,dakwah dan kebudayaan Islam terutama pada zaman pemerintahan sultan solehuddin Al Ayubi RA.

Peradaban bangsa Mesir sangat bergantung kepada kesuburan sungai Nil . Bangsa Mesir telah menetap di lembah Nil kerana suburnya kawasan ini dengan limpahan air yang sentiasa mengalir sehinggakan mereka boleh memanfaatkan tanah dengan kemudahan air yang telah diperolehi daripada sumber pengairan sungai yang tidak tergantung kepada musim hujan.

Republik Arab Mesir merupakan sebuah negara yang luas iaitu meliputi 1,002,00 kilo-meter persegi di Benua Afrika. Namun begitu hanya 4 % daripada tanahnya terdiri daripada kawasan delta yang amat sesuai untuk pertanian sementara yang lain adalah kawasan padang pasir dan berbukit. Negara Mesir terbahagi kepada 21 wilayah (muhafazah). Secara amnya, suhu di Republik Arab Mesir ini di antara 7-40 darjah Celcius. Terdapat empat musim yang terdiri daripada:

Musim Sejuk November - Januari
Musim Bunga Februari – April
Musim Panas Mei - Julai
Musim Luruh Ogos - Oktober

Agama Islam menjadi agama rasmi negara dengan dijadikan undang-undang Islam sebagai sumber perundangan. Sebanyak 94% penduduk adalah beragama Islam dan bakinya beragama Kristian Katholik . Namun begitu, agama lain turut diberikan kebebasan untuk dianuti oleh. Bahasa rasmi negara ini ialah bahasa Arab Fushah namun bahasa Arab Ammmiyah adalah bahasa yang dipraktikkan sehari-hari di negara Mesir ini sementara Bahasa lnggeris dan Bahasa Perancis menjadi bahasa kedua.

Komodoti sara hidup di negara ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini berikutan Dasar Ekonomi Terbuka yang diamalkan oleh kerajaan Mesir sekarang yang menyebabkan meningkatnya kadar sewa rumah dan harga barang-barang keperluan seharian. Perbelanjaan minima bagi seorang pelajar Malaysia sekarang dalam lingkungan USD50 sebulan...

Related Posts with Thumbnails

.::Rise Of Islam::.

FOM Ads II
FOM Ads

Rangkaian Islam

Download

Followers

سبحان الله

Tazkirah Hari ini

Kata2 Imam Syafie : Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?"
Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."


  © Blogger template 'Grease' by Fariezatie 2010

Back to TOP