Monday, May 25, 2009

Perjalanan Seorang Hamba...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Syukur ke hadrat Ilahi...kita bertemu lagi dalam penulisan seterusnya sebelum nikmat yang diberikan Allah ini ditarik kembali...tengah ada modal nak tulis ni...sebelum mata ni tertutup rapat...Ya Allah Kuatkan lah Hati Hambamu dalam memperjuangkan Agama Mu...


~:: Semakin jauh perjalanan,semakin dekat dengan kematian,semakin bertambah bebanan,semakin kurang kekuatan dan keupayaan,ingat lah wahai sahabat seperjuangan, hidup ini penuh dengan mehnah dan cubaan,teruslah menempuh ujian,teluslah dengan tuhan,teluslah sesama insan,jangan disimpan setiap apa yang terbelenggu di fikiran,ada kalanya hidup ini perlu merasa keperitan,supaya kita tidak terbang jauh di awangan,sesekali keperitan itu dapat menyedarkan,bahawa hidup sebagai insan penuh ranjau dan cabaran,tidak dinamakan kehidupan jika tidak melalui dan mengenal erti kegagalan,sedarlah semua itu ujian buat hambanya sepaya ditetapkan iman,tanamkan dalam hati tidak selamanya kita melalui kegagalan,yang pasti kejayaan akan datang walau sebelumnya penuh dengan kepayahan,tempuhilah ianya dengan penuh kesabaran,yakinlah pada kekuasaan tuhan::~


Saturday, May 23, 2009

Prof Harun Yahya@Adnan octar | Saintis Islam Terkemuka Abad Ini


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,untuk posting kali ni...mengisahkan tentang seorang tokoh ilmuan islam dan saintis islam terkemuka abad ini,Prof Harun Yahya...

Harun Yahya adalah nama pena Adnan Oktar yang lahir di Ankara pada tahun 1956. Sebagai seorang penda'ie dan ilmuwan terkemuka asal Turki, beliau sangat menjunjung tinggi nilai akhlaq dan mengabdikan hidupnya untuk mendakwahkan ajaran agama Islam kepada masyarakat. Adnan Oktar memulai perjuangan intelektualnya pada tahun 1979, yakni ketika menuntut ilmu di Akademi Seni, Universiti Mimar Sinan. Selama berada di universiti tersebut, beliau melakukan pengkajian yang mendalam tentang berbagai Falsafah dan ideologi materialistik yang sangat berpengaruh terhadap masyarakat sekitar. Hal ini menjadikan beliau lebih tahu dan paham dibandingkan dengan para pendukung Falsafah atau ideologi itu sendiri. Berbekal informasi dan pengetahuan yang mendalam ini, beliau menulis berbagai buku tentang bahaya Darwinisme dan teori evolusi, yang merupakan ancaman terhadap nilai-nilai akhlaq, terhadap dunia; serta buku tentang keruntuhan teori ini oleh ilmu pengetahuan. Majalah ilmiah populer terkenal New Scientist edisi 22 April 2000 menjuluki Adnan Oktar sebagai "pahlawan dunia" yang telah membongkar kebohongan teori evolusi dan mengemukakan fakta adanya penciptaan. Penulis juga telah menghasilkan berbagai karya tentang Zionisme dan Freemasonry, serta ratusan buku yang mengulas masalah akhlaq dalam Al-Qur'an dan bahasan-bahasan lain yang berhubungan dengan akidah.

Nama pena Harun Yahya berasal dari dua nama Nabi: "Harun" (Aaron) dan "Yahya" (John) untuk mengenang perjuangan dua orang Nabi tersebut melawan kekufuran.

Antara Buku-buku karya pengarang:

# Tangan Rahsia di Bosnia,
# Kebohongan Holocaust,
# Di Balik Tirai Terorisme,
# Kartu-Kurdi Israel,
# Strategi Nasional bagi Turki,
# Moral Qur'an: Solusi,
# Permusuhan Darwin Terhadap Bangsa Turki,
# Bencana Kemanusiaan Akibat Ulah Darwinisme,
# Kebohongan Teori Evolusi,
# Bangsa-Bangsa Yang Diazab,
# Nabi Musa,
# Zaman Keemasan,
# Keagungan Warna Ciptaan Allah,
# Kebesaran Allah di Setiap Sudut Alam Semesta,
# Hakikat Kehidupan Dunia,

Karya penulis dalam bentuk booklet:

* Misteri Atom,
* Keruntuhan Teori Evolusi: Fakta Penciptaan,
* Keruntuhan Materialisme,
* Berakhirnya Materialisme,
* Kekeliruan Kaum Evolusion 1,
* Kekeliruan Kaum Evolusion 2,
* Mikrobiologi Meruntuhkan Teori Evolusi,
* Fakta Penciptaan,
* 20 Pertanyaan Yang Meruntuhkan Teori Evolusi,
* Pembohongan Terbesar Dalam Sejarah Biologi: Darwinisme.

Karya-karya pengarang yang berhubungan dengan Al-Qur'an:

* Pernahkah Anda Berpikir Tentang Kebenaran?,
* Mengabdi Hanya Kepada Allah,
* Meninggalkan Masyarakat Jahiliyyah,
* Syurga,
* Teori Evolusi,
* Nilai Akhlaq Dalam Al-Qur'an,
* Ilmu Al-Qur'an,
* Index Al-Qur'an,
* Hijrah di Jalan Allah,
* Sifat Munafiq Dalam Al-Qur'an,
* Rahsia Orang Munafiq,
* Nama-Nama Allah Yang Agung,

Banyak karya Harun Yahya yang kini tengah diterjemahkan ke bahasa Inggris, Perancis, Jerman, Itali, Rusia, Spanyol, Arab, Portugis, Albania, Serbo-Kroasia (Bosnia), Polandia, Urdu, Indonesia, Melayu dan Malayalam. Tujuan utama kami adalah untuk menterjemahkan semua buku tersebut ke dalam bahasa Inggris dan berbagai bahasa lainnya pada tahun 2001 dan menyebarkannya ke seluruh penjuru dunia agar bermanfaat bagi semua orang.

Dalam semua buku karya pengarang yang menggunakan nama pena Harun Yahya ini, semua topik yang disampaikan sangat sesuai dengan ajaran Al-Qur'an. Bahkan topik-topik yang disampaikan melalui bahasa ilmiah, yang kadang dianggap rumit dan membingungkan, diuraikan dengan sangat lugas dan jelas dalam buku-buku Harun Yahya. Tidaklah mengherankan jika buku-buku tersebut menarik semua orang dari segala umur dan lapisan masyarakat.

Buku-buku yang berhubungan dengan keimanan mendakwahkan tentang keberadaan dan keesaan Allah, dan ditulis dengan tujuan utama menyampaikan Islam kepada mereka yang jauh dari agama dan membuka hati mereka agar menerima kebenaran. Bagi pembaca Muslim, buku-buku tersebut berisikan nasihat dan peringatan. Penulis telah menerbitkan karya-karyanya tentang hal-hal pokok yang disebutkan dalam Al-Qur'an agar kaum Muslim dapat meningkatkan ketaqwaan dan kemampuan berpikir mereka secara mendalam.

masih ada lagi ilmuwan islam dari negara turki yang banyak menyelamatkan akidah umat islam abad ini...Alhamdulillah...

Sumber wikipedia..

Thursday, May 21, 2009

Diri Anda Bagus???

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...nak conteng-conteng sikit sebelum melelapkan mata...nak kata ana ni pandai bagus sangat menulis takde la sangat,B.M pon cukup2 makan jer,tapi setakat nak contiang2(loghat utara) tu boleh la...nak kongsi la sikit bagi lepas tension time study ni..sebagai muhasabah diri,ape yang ana nak tulis ni nak kata motivasi takde la sangat,tapi terpulang pada sahabat untuk menilainya...apa pon ana terima...

kadang-kadang hidup kita gembira,seronok...dan kadang dalam hidup ni duka ada sedih pon ada,semua itu tidak lari dari makhluk yang dicipta oleh ALLAH S.W.T yang bernama manusia...sudah di nyatakan dalam Al-Quran kita ni Adalah makhluk yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T dengan sebaik2 kejadian...semua lengkap...kita ni semuanya sama...

Nak cerita sikit tentang diri manusia ni,tentang mengatakan diri dia tu bagus...kadang-kadang telinga ni ada juga terdengar macam tu,tapi bila kita tengok orang yang selalu kata dia tu bagus ade la bagus mana,macam orang biasa je...dok cari jugak bagus 2 kat mana.tak nampak pun,cakap pandai bagus pada hakikatnya sama macam orang lain juga,bukan nak kata dengki ke apa ke cuma pandangan sahaja,nak kata diri ana ni bagus takde la..sama macam orang lain juga.sebenarnya sebaik2 penilai yang nak kata dia tu bagus ALLAH S.W.T sahaja,sebab kita ni miliknya...hanya ALLAH S.W.T yang tahu yang mana lebih atau kurangnya kita...

Sikap perasan bagus dikategorikan sebagai salah satu sikap negatif, kerana ia menjadikan Kita cenderung untuk memandang rendah pada orang lain. Kesannya dalam jangka masa panjang, sikap perasan bagus akan membuat Kita semakin tidak cemerlang, prestasi Kita terjejas dan emosi And Kita jadi semakin rapuh, semakin down, down lalu terus down (er, bukan sindrom down!). usaha Kita menuju kejayaan semakin kurang berhasil walaupun Kita sudah bekerja keras, lebih ‘keras’ dari yang sebelumnya,sebab apa?sebab ape yang ada pada Kita telah di tarik balik oleh ALLAH S.W.T

sebenarnya diri anda belum cukup bagus lagi untuk mengatakan diri anda bagus,sebab itu dok selalu kata diri dia la yang bagus,ada yang sampi satu tahap smpi nak dgr pandangan org pon tak bleh dok kata dia betul jgk,alamak teremosi la pulak hehehe,itu lah manusia,tidak pernah lari dari sifat-sifat takabbur ujub dan riak,lupa ape yang ada pada dia itu datangnya dari
ALLAH S.W.T
,lagi satu cuba terima pandangan org,jika ianya membawa kebaikan pada diri anda dan orang di sekeliling anda,dan bukan nak kata diri anda tidak bagus cuma jadikan benda yang belum bagus itu sebagai pencetus semangat untuk menjadikan diri anda lebih bagus...

Sabda nabi SAW yang bermaksud: "sesiapa merendahkan tawadhu' kerana Allah SWT,maka Allah SWT akan mengangkat kedudukannya dan sesiapa yang takabbur maka Allah SWT akan merendahkan kedudukannya"

Ha... Ada lagi Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLAH S.W.T yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLAH S.W.T untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLAH S.W.T.

(Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu(ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.) (Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri? Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALLAH S.W.T.


...buat semua sahabat2 semoga kejayaan milik kita bersama...bittaufiq wannajah...

Tuesday, May 19, 2009

Pesan Pada Hati...


...Pesan pada hati kuatkan semangat,pesan pada diri kemalasan membunuh kejayaan,bisikkan pada hati tak kan ku ulangi kegagalan semalam,wajah ayah ibu mengharap pembalasan pada tiap titik peluh yang dicurahkan padaku,jika bukan ak lakukan buat diriku,ak perlu lakukan buat mereka,ingatkan hati ingatkan diri,kejayaan pasti akan kugenggami,jika ada usaha yang mengiringi,takkan kan ku biarkan ianya berlaku lagi,jadikan pengalaman yang lalu sebagai penguat diri,dalam menempuh liku-liku duniawi....

...bila hati berjuang kerana Allah, dugaan itu tempat bersinggah, keperitan ditelan sebagai juadah,kejayaan di anggap satu mimpi indah,pesan pada hati andai ditakdirkan diriku rebah kerna ketentuan dan ujian dari Allah,hati tetap redha kerana Allah,tabah dan mujahadah menempuh setiap lurah,jangan berundur selagi masa belum sudah,pesan pada hatimu juga,jagalah hubungn kasih sayang (ukhwah) kerna itulah pelentur semangat dalam kehidupan.
percayalah tiap agendanya penuh hikmah,agar hati disinggah indahnya kasih dan cinta Allah...


salam perjuangan dari bumi Ardul Kinanah...(^_^)

Friday, May 15, 2009

Warkah Buat Ibu...


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...bertemu kembali dalam penulisan yang seterusnya....disini saya bukan nak tulis pape cuma nak mengucapkan selamat Hari Ibu dan selamat Hari Guru buat insan yang bergelar guru...

Khas buat ibuku Hjh Sapura Bt Sawri,terima kasih yang tak terhingga untuk ibuku yang sangat dikasihi dan disayangi...kerana telah banyak berkorban untukku dan bersabung nyawa kerana hendak melahir kan anakmu...ketahui lah wahai ibuku anakmu ini sentiasa membuatkan dirimu menangis,namun pernah diri ini menderhaka kepadamu,tatkala diriku memberontak menangis kerana mahukan sesuatu,namun ibu sentiasa berusaha untuk mendapatkannya untukku,segala kemahuanku ibu turutkan,walaupun ibu tidak pernah menunjuk kesedihanmu...namun ku tahu ibu selalu menangis keranaku...ibu tdak pernah putus asa tidak pernah mengira penat lelah semata-mata untuk membesarkan ku dan mendidik diriku supaya menjadi insan yang berguna pada masyarakat...ibu ampunkan lah segala dosa anakmu dan doakan kejayaanku selama anakmu berada dibumi yang penuh barakah ini,semoga dengan kejayaanku menjadi hadiah yang bermakna untukmu ibu,segala kasih sayang yang ibu curahkan untukku akanku hargai hingga keahkir hayatku...terima kasih Ibu...nantikan kepulangan anakmu...

Apakah diri ini mampu membalas segala jasa2 mu ibu......Sayang ibu...

Untuk semua guru-guru yang pernah mendidik saya dari saya tidak mengenali apa itu huruf Alif Ba Ta ABC dan sebagainya hinggalah sekarang sampai berjaya melanjutkan pelajaran dibumi yang penuh barakah ini,saya ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua..tanpa kalian semua saya tidak akan berada disini...terlalu banyak pengorbanan yang telah kalian curah kan untuk saya selama menjadi anak muridmu,walaupun kadang kala saya ni nakal,kadang kala saya pernah membuatkan guru-guru menangis sendirian,maafkan segala kesalahan saya,kerana telah banyak menyusahkan kalian semua..

Khas buat guru-guru SKPA terima kasih kerana telah banyak mendidik saya,dan buat semua guru-guru SMA Irshadiah batu 26 bagan Datoh perak,terutama Ust Hj Hashim B. Hj Anang isteri Ustzh Hjh Hamudah Bt. Dato Hj Ghazali terima kasih diatas didikan dan tunjuk ajar kalian semua,dan saya mewakili semua pelajar SMA Irshadiah yang berada di Perlembahan NIL,mengucapkan selamat Hari Guru...semoga kalian semua sentiasa tabah dalam mendidik anak bangsa...maaf sekiranya saya tidak dapat letak semua nama guru-guru...

wassalam...

Wednesday, May 13, 2009

Wabak Swine Influenza


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...sedikit coretan... untuk sahabat2 yang selalu berkunjung ke blog ana,mohon jutaan kemaafan sebab jarang update blog nih,sebab ana sekarang berada dalam fatrah imtihan fasa 2,ana pun masih baru dalam dunia penulisan ni...sementara mengisi masa lapang,hilangkan pening study,sedikit info ana nak kongsikan dengan sahabat2 baru2 ni seluruh dunia di kejutkan dengan satu wabak,penyakit atau ape2 jer la yang berkaitan dan sewaktu dengannya...iaitu virus swine influenza...

Sejarah

Pada 5 Februari 1976, tentera di Fort Dix, Amerika Syarikat menyatakan dirinya letih dan lemah dan mati keesokannya.Doktor mengesahkan kematian berpunca daripada virus swine sebagaimana tahun 1918 akibat pandemik selesema. Presiden Gerald Ford diminta mengarahkan rakyat disuntik dengan vaksin. Namun rancangan suntikan itu dibatalkan.

Pada Ogos 20, 2007 wabak swine Influenza
menyerang Nueva Ecija dan tengah pulau Luzon, Filipina. Pada 1968 ,virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia .(1)

Bagaimana ia menjangkiti manusia

Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetengah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.

Selesema babi pada manusia

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak.Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa. Kajian ini antara lain membentuk cadangan bahawa mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti menjadi tumpuan bagi peningkatan pemantauan kesihatan awam. Wabak selesema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subtaip H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis endemik pada babi, dan juga influenza burung.

Laporan WHO 2009

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 62 nyawa mati akibat virus H1N1 ini, yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia. Ia menyamai dengan selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Setakat ini tidak ada vaksin yang sesuai. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, menyatakan penularan virus di Amerika Utara amat serius dan berpotensi bertukar wabak sejagat. Sekurang-kurangnya 81 mati akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema. Sebilangan yang mati itu memiliki versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. 11 kes di California, Kansas dan Texas manakala 8 pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema, dipercayai jenis sama.

Buat semua sahabat di Perlembahan Nil ini jika sahabat2 rasa tak sihat,demam ke batuk ke terus la berjumpa doktor...buat pemeriksaan dengan teliti...mana lah tahu kalau2 sahabat terkena jangkitan virus ini...baru2 ni pon ana tak berapa sehat langkah terbaik ana buat pemeriksaan doktor,Alhamdulillah doktor cakap takde pape...Doakan ana cepat sembuh.

Tetapi kita semua kena ingat, semua Rahmat dan musibah ini datangnya dari Allah Taala...sebagai peringatan kepada hambanya...supaya kita lebih mendekat diri kita Padanya...

"Sesungguhnya orang-orang yang ber-iman dan beramal saleh dan tetap hatinya ingat kepada Allah (selalu menyebut Allah), mereka itu isi syurga dan kekal didalamnya" (QS.Hud ayat 23)

Bitaufiq wa Najah...

(sumber Wikipedia)

Friday, May 8, 2009

Jangan Stress...

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh...buat sahabat yang bakal menghadapi imtihan,semoga berjaya dalam imtihan kali ini...bagi yang stress tension futur tak semangat bawak bertenang...mungkin posting kali ini sedikit sebanyak boleh membantu sahabat2 sekalian...meh baca meh...

“Bila Anda buat sesuatu, jangan fikir diri sendiri. Banyak-banyaklah fikirkan orang lain terutama apa yang Anda boleh buat untuk merubah mereka berubah jadi lebih baik, lebih maju dari sebelumnya.

Bila orang lain ngumpat pasal Anda, meluat melihat kerajinan Anda, jangan fikir sangat soal mereka. Banyak-banyaklah fikir diri sendiri. Tanya diri Anda, apa yang Anda boleh buat untuk memajukan diri sendiri ke tahap lebih baik dari yang sebelum ini?”

Fikiran kita lebih banyak kita gunakan pada orang lain, bukan pada diri sendiri. Kita selalu memikir apa yang mereka cakapkan pasal kita, kita membayangkan air muka mereka yang kurang senang dengan kita, kemudian kita selalu ingat apa yang diorang tak suka pasal kita. Akhirnya, ia membuat kita jadi tidak selesa. Selepas itu, stress pula!

Kita buat buruk pada orang, perbuatan kita akan dibalas dua kali ganda, mungkin sapplo kali ganda lebih buruk! Kesannya, kita akan ditemukan dengan situasi buruk yang membuat idup kita susah, buruk jadinya.

Tetapi, kita buat baik pada orang, perbuatan kita akan dibalas dua kali ganda juga, mungkin suplo kali ganda lebih bagus juga! Kesannya, kita akan ditemukan dengan situasi baik yang membuat hidup kita jadi senang, jadi baik. Hebat dan bagus. Dari situlah kita muncul cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan atau perniagaan kita. Sebab itulah orang-orang berjaya, orang-orang cemerlang semuanya orang baik-baik.

Kan hidup jadi lebih lancar, lebih tenang bila kita selalu buat baik, fikir baik-baik dengan semua orang? Sebab apa kita selalu memikir yang buruk-buruk, yang negatif pada orang? Untuk apa dan apa hasilnya?

Walaupun orang boleh buat buruk pada kita jika kita buat baik sentiasa, namun kita tidak akan rugi apa-apa (walaupun sebenarnya kita boleh rugi berjuta-juta bila orang tipu kita). Dalam jangka masa panjang, kita akan makin cemerlang, makin bahagia dan makin tenang. Kesannya selepas itu, kita akan ceria dan gembira, termasuk makin seronok bekerja,mahupun belajar.

Hidup kita ni penuh dengan pelbagai keajaiban yang akan membawa kepada pelbagai kebahagiaan. Kita akan jumpa semua tu bila kita start buat baik pada orang, berfikiran baik-baik, berkata yang baik-baik, sebaik mungkin yang pernah kita pernah buat sepanjang hidup kita.

Seperti dalam fatrah exam,imtihan,dan sewaktu dengannya...waktu2 macam ni rasa macam otak nak tercabut pun ada,lumrah kehidupan manusia takkan terlepas dari ujian dan cubaan...putus asa tumbang jatuh naik balik asam garam kehidupan,yang penting kena sabar,untuk dapatkan yang terbaik dikalangan yang terbaik bukan senang.

Walapun Anda pernah jatuh sekali, tapi bila Anda menten selalu fikir baik-baik, berperangai yang baik-baik,tenang dalam setiap perkara, Anda akan GO UP berkali-kali Insya Allah

“Orang yang bodoh tidak belajar daripada apa-apa,
Orang sederhana belajar daripada pengalaman sendiri,
Orang bijak belajar daripada pengalaman orang lain.”

Bittaufiq wa najah...

Related Posts with Thumbnails

.::Rise Of Islam::.

FOM Ads II
FOM Ads

Rangkaian Islam

Download

Followers

سبحان الله

Tazkirah Hari ini

Kata2 Imam Syafie : Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?"
Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."


  © Blogger template 'Grease' by Fariezatie 2010

Back to TOP