Showing posts with label Inspiracy. Show all posts
Showing posts with label Inspiracy. Show all posts

Sunday, March 21, 2010

Renungkan lah Wahai Saudaraku...

10 kumpulan manusia di Padang Mahsyar

MANUSIA selepas dibangkitkan dari kubur masing-masing akan menuju ke Padang Mahsyar. Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.
Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka, tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa hingga sampai ke kaki, lutut, dada, leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Ketika dalam penantian persidangan itu, kelihatan wajah mereka yang tunduk cemas, muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan. Takut serta bimbang sentiasa bermain-main di fikiran.

Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.

Sesiapa saja akan tetap diadili dan bergantung betapa taatnya dia dengan perintah Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." (Surah an-Naml, ayat 83)

Asy-Syaikh Abdul Wahhab asy-Sya'rani dalam kitabnya Mukhtashar Tadzkiratul Qurthubi menceritakan pada suatu hari sahabat Mu'adz bin Jabal bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai maksud firman Allah dalam surah an-Naba', ayat 18, bermaksud: "Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

Mendengar saja soalan itu, lantas Baginda menangis dengan bercucuran air mata seraya bersabda:

“Wahai Mu'adz, sesungguhnya engkau telah bertanyakan sesuatu perkara yang amat besar! Ada 10 macam umatku nanti yang akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya telah Allah tukarkan, tidak seperti mereka hidup di dunia."

Golongan itu seperti berikut:
• Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.
• Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.
• Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.
• Dihalau dalam keadaan buta dan diiring. Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
• Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.
• Dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
• Ada manusia yang dihalau dalam keadaan terpotong kedua kaki dan tangan. Mereka itu adalah daripada yang suka mengganggu tetangga.
• Diiring ke Mahsyar dalam keadaan tersalib di pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.
• Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Allah berfirman dalam surah Taha, ayat 124-126 bermaksud:

"Dan barang siapa berpaling daripada peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannnya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelas bahawa walaupun ketika berada dalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.
Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Thursday, January 7, 2010

Petua Untuk Terus Kekal Bertenaga

Kita seringkali cepat penat, mengantuk dan kurang bertenaga tiap kali sedang belajar, bekerja atau membaca,tambahan pula bagi nak yang exam tak lama lagi,maklum la time2 macam nie otak semua tengah serabut...

Kesannya, pergerakan kita lambat slow motion, kurang produktif dan paling teruk, kurang semangat!

Saya kongsikan 3 petua bagaimana untuk terus kekal bertenaga dari pagi sampai ke malam. Pertama, pastikan Anda selalu bersenam.

Senaman ringan sudah memadai untuk melancarkan perjalanan darah. Jenis senaman yang saya rekemenkan adalah seperti mendaki tangga, parking jauh sikit lalu berjalan kaki ke tempat kerja, regangan otot yang simple, berkebun atau berlari-lari anak 10-15 minit sehari.

Kedua, jaga pemakanan. Lebihkan makanan yang banyak mengandungi serat.

Makanan jenis ini memberi tenaga berpanjangan lebih-lebih lagi bila Anda rajin minum air.

Sometime, kita jadi kurang bertenaga sebab kurang air dalam badan. Tapi, bila air dah berlebih dalam badan, kita kerap ke bilik air pula.tambah2 time musim sejun nie...rajin sangat ke bilik ayo yer...

Jadi, minum yang ngam-ngam. Elak banyak ambil makanan yang berprotein seperti telur, sosej atau daging lembu, kesannya Anda akan mengantuk sepanjang hari.

Ketiga, jaga waktu tidur. Biasanya, waktu normal kita tidur 8 jam sehari.

Ada sesetengah orang boleh tidur 3-5 jam sehari, tapi ia memerlukan tahap motivasi tinggi untuk maintain waktu tidur begitu. Bila Anda dah terbiasa tidur 8 jam, tidur 8 jam. Jika terbiasa tidur 5 jam, tidur 5 jam. Jangan lebih, jangan kurang.

Bila dah selalu bersenam, jaga pemakanan dan jaga waktu tidur, Anda akan perasan perubahannya. Anda berubah jadi lebih bertenaga dan lebih ceria.

Bila dah selalu ceria, mudah untuk Anda merubah diri jadi bermotivasi. Ia membuat Anda mudah untuk perform pada level tinggi.

Salam Imtihan buat semua sahabat yang bakal menduduki exam tahun nie...Bittaufiq Wa Najah...

Monday, September 7, 2009

Fikir-Fikirkan lah....


Apabila mengatakan mengenai skrip hidup, ramai yang tertanya betulkah kita ini mempunyai skrip hidup. Ya! Memang kita mempunyai skrip hidup. Mengapa saya kata begitu. Dalam surah Al-R’ad, ada menyebut Tuhan tidak akan mengubah sikap, keadaan ataupun keadaan sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri. Jadi daripada mana wujudnya skrip hidup ini.

Skrip hidup wujud daripada pengalaman hidup kita sejak kecil Cara kita dibesarkan melalui penerapan nilai, kepercayaan dan pegangan kepada hidup kita. Kadangkala kepercayaan ataupun nilai itu tidak sesuai dengan zaman, namun begitu disebabkan kita dilatih dengan nilai tersebut kita percaya ia sesuai.

Ini yang berlaku kepada mentaliti Azhari dan Azhariah kita sekarang di mana kita sudah dilatih dengan cara berfikir dahulu sejak zaman berzaman. Mentaliti dan pegangan kita sejak dahulu menyebabkan kita susah mahu berubah dengan perkembangan zaman. Pegangan-pegangan dahulu yang tidak kontemporari pun masih diamalkan hingga sekarang. Ia sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita sekarang.

“Bacalah! Bacalah dengan nama Tuhan Mu!” Tidak menjadi pegangan hidup kita disebabkan segalanya dikaburi dengan adat dan cara berfikir lama. Itulah yang kita melihat ramai masyarakat kita takut untuk berubah. Mereka takut apabila mereka berubah, kita akan kembali susah. “Jangan diubah kerajaan sekarang, nanti susah hidup kita”, “Jangan membangkang, nanti bagaimana anak-anak kita nak bekerja”. Inilah mentaliti yang wujud daripada skrip hidup yang tidak diubah.

Itulah Rasulullah meminta kita berhijrah. Bukan sekadar hijrah fizikal tetapi juga hijrah minda. Kesemua ini disuruh agar kita dapat mengubah skrip hidup kita menjadi lebih baik. Bukan sekadar bergantung kepada sentimental value dahulu. Jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam, jadikanlah hari esok lebih baik daripada hari ini. Itu yang sepatutnya kita buat.

Dalam berdakwah pun kita harus mengubah skrip hidup kita. Jangan masih menggunakan cara lama untuk berdakwah. Selagi kita masih menggunakan cara dakwah dulu, susah masyarakat sekarang untuk menerimanya. Mereka sudah mengubah skrip hidup mereka, tetapi kita masih lagi menggunakan skrip hidup dahulu.

Dalam berpersatuan kita harus berubah. Berubah mengikut perjalanan masa. Dahulu dengan cara dahulu sekarang dengan cara sekarang. Ramai yang mengatakan jika kita berubah sekarang kita tidak thiqah. Thiqah perlu dilihat dengan cara lebih luas. Sebab itulah kita disuruh berjuang dengan menggunakan konsep hazar. Hazar dalam hal ini adalah berstategi, bukannya bersembunyi atau menyembunyi. Itu yang perlu dilihat dan didefinisikan semula. Tidak semestinya kita berubah kita tidak thiqah,kadang-kadang ada juga yang terdengar di telinga...cara abang-abang dahulu kakak-kakak dahulu perlu kita ikut cara mereka,buat apa?yang iya nya perkataan dahulu itu yang membuat kita terkemudian terkebelakang...orang lain dah sampai kegarisan penamat kita baru nak mula...jadi fikir-fikirkanlah...

Dalam kehidupan pun kita perlu mengubah skrip hidup daripada skrip gagal kepada skrip jaya. Kita harus berfikiran positif dan positif untuk berjaya. Bukannya sentiasa merasakan diri ini tidak mampu dan ayat-ayat yang tidak bertanggungjawab yang lain. Kita harus bertanggungjawab dengan skrip hidup kita.

Monday, May 25, 2009

Perjalanan Seorang Hamba...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Syukur ke hadrat Ilahi...kita bertemu lagi dalam penulisan seterusnya sebelum nikmat yang diberikan Allah ini ditarik kembali...tengah ada modal nak tulis ni...sebelum mata ni tertutup rapat...Ya Allah Kuatkan lah Hati Hambamu dalam memperjuangkan Agama Mu...


~:: Semakin jauh perjalanan,semakin dekat dengan kematian,semakin bertambah bebanan,semakin kurang kekuatan dan keupayaan,ingat lah wahai sahabat seperjuangan, hidup ini penuh dengan mehnah dan cubaan,teruslah menempuh ujian,teluslah dengan tuhan,teluslah sesama insan,jangan disimpan setiap apa yang terbelenggu di fikiran,ada kalanya hidup ini perlu merasa keperitan,supaya kita tidak terbang jauh di awangan,sesekali keperitan itu dapat menyedarkan,bahawa hidup sebagai insan penuh ranjau dan cabaran,tidak dinamakan kehidupan jika tidak melalui dan mengenal erti kegagalan,sedarlah semua itu ujian buat hambanya sepaya ditetapkan iman,tanamkan dalam hati tidak selamanya kita melalui kegagalan,yang pasti kejayaan akan datang walau sebelumnya penuh dengan kepayahan,tempuhilah ianya dengan penuh kesabaran,yakinlah pada kekuasaan tuhan::~


Thursday, May 21, 2009

Diri Anda Bagus???

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...nak conteng-conteng sikit sebelum melelapkan mata...nak kata ana ni pandai bagus sangat menulis takde la sangat,B.M pon cukup2 makan jer,tapi setakat nak contiang2(loghat utara) tu boleh la...nak kongsi la sikit bagi lepas tension time study ni..sebagai muhasabah diri,ape yang ana nak tulis ni nak kata motivasi takde la sangat,tapi terpulang pada sahabat untuk menilainya...apa pon ana terima...

kadang-kadang hidup kita gembira,seronok...dan kadang dalam hidup ni duka ada sedih pon ada,semua itu tidak lari dari makhluk yang dicipta oleh ALLAH S.W.T yang bernama manusia...sudah di nyatakan dalam Al-Quran kita ni Adalah makhluk yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T dengan sebaik2 kejadian...semua lengkap...kita ni semuanya sama...

Nak cerita sikit tentang diri manusia ni,tentang mengatakan diri dia tu bagus...kadang-kadang telinga ni ada juga terdengar macam tu,tapi bila kita tengok orang yang selalu kata dia tu bagus ade la bagus mana,macam orang biasa je...dok cari jugak bagus 2 kat mana.tak nampak pun,cakap pandai bagus pada hakikatnya sama macam orang lain juga,bukan nak kata dengki ke apa ke cuma pandangan sahaja,nak kata diri ana ni bagus takde la..sama macam orang lain juga.sebenarnya sebaik2 penilai yang nak kata dia tu bagus ALLAH S.W.T sahaja,sebab kita ni miliknya...hanya ALLAH S.W.T yang tahu yang mana lebih atau kurangnya kita...

Sikap perasan bagus dikategorikan sebagai salah satu sikap negatif, kerana ia menjadikan Kita cenderung untuk memandang rendah pada orang lain. Kesannya dalam jangka masa panjang, sikap perasan bagus akan membuat Kita semakin tidak cemerlang, prestasi Kita terjejas dan emosi And Kita jadi semakin rapuh, semakin down, down lalu terus down (er, bukan sindrom down!). usaha Kita menuju kejayaan semakin kurang berhasil walaupun Kita sudah bekerja keras, lebih ‘keras’ dari yang sebelumnya,sebab apa?sebab ape yang ada pada Kita telah di tarik balik oleh ALLAH S.W.T

sebenarnya diri anda belum cukup bagus lagi untuk mengatakan diri anda bagus,sebab itu dok selalu kata diri dia la yang bagus,ada yang sampi satu tahap smpi nak dgr pandangan org pon tak bleh dok kata dia betul jgk,alamak teremosi la pulak hehehe,itu lah manusia,tidak pernah lari dari sifat-sifat takabbur ujub dan riak,lupa ape yang ada pada dia itu datangnya dari
ALLAH S.W.T
,lagi satu cuba terima pandangan org,jika ianya membawa kebaikan pada diri anda dan orang di sekeliling anda,dan bukan nak kata diri anda tidak bagus cuma jadikan benda yang belum bagus itu sebagai pencetus semangat untuk menjadikan diri anda lebih bagus...

Sabda nabi SAW yang bermaksud: "sesiapa merendahkan tawadhu' kerana Allah SWT,maka Allah SWT akan mengangkat kedudukannya dan sesiapa yang takabbur maka Allah SWT akan merendahkan kedudukannya"

Ha... Ada lagi Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLAH S.W.T yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLAH S.W.T untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLAH S.W.T.

(Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu(ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.) (Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri? Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALLAH S.W.T.


...buat semua sahabat2 semoga kejayaan milik kita bersama...bittaufiq wannajah...

Tuesday, May 19, 2009

Pesan Pada Hati...


...Pesan pada hati kuatkan semangat,pesan pada diri kemalasan membunuh kejayaan,bisikkan pada hati tak kan ku ulangi kegagalan semalam,wajah ayah ibu mengharap pembalasan pada tiap titik peluh yang dicurahkan padaku,jika bukan ak lakukan buat diriku,ak perlu lakukan buat mereka,ingatkan hati ingatkan diri,kejayaan pasti akan kugenggami,jika ada usaha yang mengiringi,takkan kan ku biarkan ianya berlaku lagi,jadikan pengalaman yang lalu sebagai penguat diri,dalam menempuh liku-liku duniawi....

...bila hati berjuang kerana Allah, dugaan itu tempat bersinggah, keperitan ditelan sebagai juadah,kejayaan di anggap satu mimpi indah,pesan pada hati andai ditakdirkan diriku rebah kerna ketentuan dan ujian dari Allah,hati tetap redha kerana Allah,tabah dan mujahadah menempuh setiap lurah,jangan berundur selagi masa belum sudah,pesan pada hatimu juga,jagalah hubungn kasih sayang (ukhwah) kerna itulah pelentur semangat dalam kehidupan.
percayalah tiap agendanya penuh hikmah,agar hati disinggah indahnya kasih dan cinta Allah...


salam perjuangan dari bumi Ardul Kinanah...(^_^)

Friday, May 8, 2009

Jangan Stress...

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh...buat sahabat yang bakal menghadapi imtihan,semoga berjaya dalam imtihan kali ini...bagi yang stress tension futur tak semangat bawak bertenang...mungkin posting kali ini sedikit sebanyak boleh membantu sahabat2 sekalian...meh baca meh...

“Bila Anda buat sesuatu, jangan fikir diri sendiri. Banyak-banyaklah fikirkan orang lain terutama apa yang Anda boleh buat untuk merubah mereka berubah jadi lebih baik, lebih maju dari sebelumnya.

Bila orang lain ngumpat pasal Anda, meluat melihat kerajinan Anda, jangan fikir sangat soal mereka. Banyak-banyaklah fikir diri sendiri. Tanya diri Anda, apa yang Anda boleh buat untuk memajukan diri sendiri ke tahap lebih baik dari yang sebelum ini?”

Fikiran kita lebih banyak kita gunakan pada orang lain, bukan pada diri sendiri. Kita selalu memikir apa yang mereka cakapkan pasal kita, kita membayangkan air muka mereka yang kurang senang dengan kita, kemudian kita selalu ingat apa yang diorang tak suka pasal kita. Akhirnya, ia membuat kita jadi tidak selesa. Selepas itu, stress pula!

Kita buat buruk pada orang, perbuatan kita akan dibalas dua kali ganda, mungkin sapplo kali ganda lebih buruk! Kesannya, kita akan ditemukan dengan situasi buruk yang membuat idup kita susah, buruk jadinya.

Tetapi, kita buat baik pada orang, perbuatan kita akan dibalas dua kali ganda juga, mungkin suplo kali ganda lebih bagus juga! Kesannya, kita akan ditemukan dengan situasi baik yang membuat hidup kita jadi senang, jadi baik. Hebat dan bagus. Dari situlah kita muncul cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan atau perniagaan kita. Sebab itulah orang-orang berjaya, orang-orang cemerlang semuanya orang baik-baik.

Kan hidup jadi lebih lancar, lebih tenang bila kita selalu buat baik, fikir baik-baik dengan semua orang? Sebab apa kita selalu memikir yang buruk-buruk, yang negatif pada orang? Untuk apa dan apa hasilnya?

Walaupun orang boleh buat buruk pada kita jika kita buat baik sentiasa, namun kita tidak akan rugi apa-apa (walaupun sebenarnya kita boleh rugi berjuta-juta bila orang tipu kita). Dalam jangka masa panjang, kita akan makin cemerlang, makin bahagia dan makin tenang. Kesannya selepas itu, kita akan ceria dan gembira, termasuk makin seronok bekerja,mahupun belajar.

Hidup kita ni penuh dengan pelbagai keajaiban yang akan membawa kepada pelbagai kebahagiaan. Kita akan jumpa semua tu bila kita start buat baik pada orang, berfikiran baik-baik, berkata yang baik-baik, sebaik mungkin yang pernah kita pernah buat sepanjang hidup kita.

Seperti dalam fatrah exam,imtihan,dan sewaktu dengannya...waktu2 macam ni rasa macam otak nak tercabut pun ada,lumrah kehidupan manusia takkan terlepas dari ujian dan cubaan...putus asa tumbang jatuh naik balik asam garam kehidupan,yang penting kena sabar,untuk dapatkan yang terbaik dikalangan yang terbaik bukan senang.

Walapun Anda pernah jatuh sekali, tapi bila Anda menten selalu fikir baik-baik, berperangai yang baik-baik,tenang dalam setiap perkara, Anda akan GO UP berkali-kali Insya Allah

“Orang yang bodoh tidak belajar daripada apa-apa,
Orang sederhana belajar daripada pengalaman sendiri,
Orang bijak belajar daripada pengalaman orang lain.”

Bittaufiq wa najah...

Monday, April 27, 2009

Jadual Imtihan Usuluddin

klik pada gambar untuk Resolusi lebih jelas

Tips study group...

Dibawah disenaraikan 9 tips study group

1. Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar. Kumpulan yang terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian.

2. Fokus pada tajuk yang ingin dibincangkan.

3. Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagai ‘ketua’ untuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan.

4. Tapi jangan serius sangat,santai-santai jer...nanti takde lah ahli dalam study group ana rasa boring,masing-masing kena ambil peranan...wat kopi ker syai ker...

5. Baca tajuk yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.

6. Tentukan masa, tempat dan tarikh yang bersesuaian dengan ahli.

7. Buka sesi soal jawapan selepas tamatnya pembentangan.

8. Elakkan perasaan kurang senang dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi.

9. Saling memberi dorongan antara satu sama lain.Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut.

Insya Allah anda akan beroleh natijah yang cemerlang nanti...

Saturday, April 25, 2009

Orang Pendiam Sebenarnya Sangat Bijak

Mungkin anda kurang tahu dengan fakta mengatakan orang pendiam sebenarnya sangat bijak, apatah lagi diam-diam berisi. Mereka diam sebab tak mahu bercakap banyak, bahkan lebih suka memerhati, mempelajari dan menganalisis.


Anda jangan silap dengan memandang rendah pada orang pendiam. Mungkin mereka tidak menampakkan apa-apa yang terzahir, tapi mereka banyak menyimpan maklumat tersirat yang hanya menunggu masa untuk dikeluarkan lalu dipertontonkan.

Salah satu sikap positif orang pendiam adalah, mereka selesa dengan diri sendiri dalam dunia sendiri. Mereka tak mengacau sesiapa, tak mengata sesiapa, tak mengumpat sesiapa dan tak pernah suka sibuk-sibuk mengambil tahu hal sesiapa kerana itu tak penting bagi mereka. Mereka tenggelam di dunia sendiri.

Orang pendiam membina kekuatan dalam diam. Orang pendiam suka belajar apa saja perkara, kerana itu, ramai di kalangan orang pendiam berjaya dalam apa yang mereka usahakan. Mereka set matlamat untuk diri sendiri kemudian bekerja keras mencapai matlamat itu sebab itu lebih penting pada mereka.

Orang pendiam menjauhkan diri dari perkara-perkara yang mereka rasa tak penting dan tak menyumbang kepada kemajuan diri mereka.

Sunday, April 19, 2009

Hati@Cermin

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...Alhamdulillah...sedikit binkisan sebelum ana tidur,sedang duk study khasas Al-Quran...tiba2 ana teringat tentang kata2 yang nukil oleh Allahyarham ust hanafi,beliau adalah guru silat ana...katanya (Ikhlas itu adalah di hati,bukan di baju bukan di serban bukan di janggut bukan di jubah bukan di tasbih panjang)...apa yang ana nak kata disini kita tgk diri kita pon dah cukup ape kah yang kita laku kan selama ni ikhlas lillahi Taala...sekadar muhasabah diri...ala kullihal semua yang bermula itu adalah datang dari hati insan itu sendiri,hanya Allah sebaik2 penilai setiap hati hambanya...sebanyak mana rahmat yang Allah berikan kepada kita...kita sentiasa dekat hati kita,diri kita kepadanya...sebagai tanda syukur kepada yang Maha Esa...buat sahabat yang bakal menghadapi imtihan fasa ke dua ni..ana mohon jutaan kemaafan sekiranya selama ini ada terkasar bahasa tersilap kata...hidup kat dunia ni klu nak puaskn hati semua orang memang tak boleh..tetapi kita kena sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik...ok la da penat nak tido pulak..."hati itu ibarat cermin,kalau kita selalu lap bersihkn insya Allah ianya takkan berkulat dan nampaklah seluruh diri kita,kalau dibiarkan lama2 nanti ade la tompok2 kat kaca tu maka kabur lah cermin 2 nnt"ok la selamat malam semua...sekadar coretan klu ade salah mohon teguran dan tunjuk ajar dari sahabat2...Assalamualaikum...

Related Posts with Thumbnails

.::Rise Of Islam::.

FOM Ads II
FOM Ads

Rangkaian Islam

Download

Followers

سبحان الله

Tazkirah Hari ini

Kata2 Imam Syafie : Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?"
Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."


  © Blogger template 'Grease' by Fariezatie 2010

Back to TOP