Friday, January 8, 2010

Kolonialisme dan Kebencian Terhadap Islam [By Prof H.Yahya]


Bangsa-bangsa kolonialis seperti Britain, Perancis dan Itali telah melakukan penderaan yang sangat kejam ke atas umat Islam yang tinggal di negara-negara Islam yang mereka jajah, dan juga turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Dunia Islam tidak selalunya kekal statik. Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar agung. Empayar Moghul memerintah India, manakala Empayar Safavid memerintah Iran dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kuasa ketiga dan yang paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia (sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung Arab, dan Afrika Utara.

http://staff.harrisonburg.k12.va.us/~cwalton/solpracticetests/World%20Two/ottomanmap.jpg

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah, menjadi semakin kecil, dan akhirnya tumbang. Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di bawah peme­rintahan British dan Rusia. Empayar Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil bermula sejak permulaan abad kesembilan belas. Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah jatuh ke tangan Rusia, dan negeri-negeri Balkan telah dipengaruhi olehnya. Timur Tengah, Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai oleh British, Perancis dan Itali. Dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar dunia Islam telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan bukan Islam.

Kesemuanya merupakan kuasa kolonial dunia ini. Pada tahun 1920-an, Rusia dan Itali menyertai negara-negara kolonial tradisi seperti Britain dan Perancis. Negara-negara tersebut telah menjajah dan menguasai dunia Islam. Mereka tidak teragak-agak untuk melakukan penyeksaan kejam dan kezaliman ke atas populasi umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya. Britain dan Perancis "mentadbir" umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, dan Timur Jauh. Dengan kata lain, mereka menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara Islam untuk kepentingan mereka sendiri. Soviet Rusia mengambil alih Caucasus dan Asia Tengah, dan umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan Libya pada tahun 1911, dan kemudian melakukan penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang digelar Ethiopia) pada tahun 1930-an.

Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan negara-negara boneka yang dipergunakan untuk memenuhi segala keperluan mereka. Order palsu di Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang membawa kepada berlakunya peperangan demi peperangan. Dua kuasa besar penjajah Eropah itu telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut setelah selesai Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih agresif, dan lebih dahsyat: Israel.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJ67AtYIrmj9Fdov1VRqm9H9BpfCDqpWQn3qos6RdjZEaH4wU952nOUMg8EMc1ZMte0svCg9v6LuCeuaIU8jBrvVBqa5pjALNEl-c-JKjahZQS5WUugmrvgkDLdFCiq25hk_OKzV_JqiMF/s400/Israeli+Savages+Kill+Children.jpg

Apabila kita melihat gambar yang mana gambaran kasar tentangnya telahpun dirumuskan, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa asing sejak permulaan abad kesembilan belas lagi. Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini. Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut menindas umat Islam, dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini. Tambahan lagi, kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi "musuh dalam selimut" kepada masyarakat Islam.

Dasar Ideologi-ideologi Permusuhan Terhadap Islam [ By Prof H.Yahya]

Dasar Ideologi-ideologi Permusuhan Terhadap Islam

Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan tiga idea-idea asas:

1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis seperti yang telah diterangkan di atas.

2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.

3. Komunisme: Soviet Rusia, China, Kemboja di bawah peme­rintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.

Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa ketiga-tiga idea tersebut muncul pada abad kesembilan belas, dan berkembang pada abad kedua puluh. Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut merupakan ideologi-ideologi yang terbit secara menyeluruh pada abad kesembilan belas, dan mula dipraktikkan dengan meluas pada abad kedua puluh. Komunisme bermula daripada teori materialisme dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan Engels pada abad kesembilan belas, walaupun regim komunis yang pertama masih belum ditubuhkan sehingga tahun 1917, di Rusia.

Seseorang boleh berkata bahawa hanya kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian sekali lagi mendominasi posisi global dengan menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya pada abad kesembilan belas.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat), tetapi adalah "ideologi-ideologi" yang telah menukarkan kesatuan-kesatuan atau peradaban-peradaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah. Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad kesembilan belas, dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi. Sebenarnya ideologi-ideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba, dan menyembelih umat Islam sedunia.

Selama lebih dari setengah abad, umat Islam Palestin telah diusir dari kediaman mereka tanpa sebab, ditembak, dan dilakukan penderaan dan kekejaman. Namun seluruh dunia diam membisu dalam menghadapi kuasa penjajah: Israel.

Tiada bangsa atau masyarakat tertentu yang menjadi musuh dunia Islam secara khusus, tetapi ia lebih kepada sebuah “ideologi” yang telah menukar bangsa dan masyarakat tersebut menjadi penindas. Ideologi-ideologi ini mula mendominasi dunia secara meluas pada abad ke-19, dan ke mana sahaja ia pergi, pasti wujud senario kekejaman dan kezaliman dalam abad ke-20.

Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di Barat. Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.

Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat ini ialah ketiga-tiga ideologi ini telah diasaskan daripada teori evolusi Darwin, yang mana menggambarkan "asas saintifik ateisme" dan yang mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis telah menjadi satu "kebenaran saintifik."

The Elit Secret Organisation

New World Order{The Elit Secret Organisation}





Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam.

Thursday, January 7, 2010

Petua Untuk Terus Kekal Bertenaga

Kita seringkali cepat penat, mengantuk dan kurang bertenaga tiap kali sedang belajar, bekerja atau membaca,tambahan pula bagi nak yang exam tak lama lagi,maklum la time2 macam nie otak semua tengah serabut...

Kesannya, pergerakan kita lambat slow motion, kurang produktif dan paling teruk, kurang semangat!

Saya kongsikan 3 petua bagaimana untuk terus kekal bertenaga dari pagi sampai ke malam. Pertama, pastikan Anda selalu bersenam.

Senaman ringan sudah memadai untuk melancarkan perjalanan darah. Jenis senaman yang saya rekemenkan adalah seperti mendaki tangga, parking jauh sikit lalu berjalan kaki ke tempat kerja, regangan otot yang simple, berkebun atau berlari-lari anak 10-15 minit sehari.

Kedua, jaga pemakanan. Lebihkan makanan yang banyak mengandungi serat.

Makanan jenis ini memberi tenaga berpanjangan lebih-lebih lagi bila Anda rajin minum air.

Sometime, kita jadi kurang bertenaga sebab kurang air dalam badan. Tapi, bila air dah berlebih dalam badan, kita kerap ke bilik air pula.tambah2 time musim sejun nie...rajin sangat ke bilik ayo yer...

Jadi, minum yang ngam-ngam. Elak banyak ambil makanan yang berprotein seperti telur, sosej atau daging lembu, kesannya Anda akan mengantuk sepanjang hari.

Ketiga, jaga waktu tidur. Biasanya, waktu normal kita tidur 8 jam sehari.

Ada sesetengah orang boleh tidur 3-5 jam sehari, tapi ia memerlukan tahap motivasi tinggi untuk maintain waktu tidur begitu. Bila Anda dah terbiasa tidur 8 jam, tidur 8 jam. Jika terbiasa tidur 5 jam, tidur 5 jam. Jangan lebih, jangan kurang.

Bila dah selalu bersenam, jaga pemakanan dan jaga waktu tidur, Anda akan perasan perubahannya. Anda berubah jadi lebih bertenaga dan lebih ceria.

Bila dah selalu ceria, mudah untuk Anda merubah diri jadi bermotivasi. Ia membuat Anda mudah untuk perform pada level tinggi.

Salam Imtihan buat semua sahabat yang bakal menduduki exam tahun nie...Bittaufiq Wa Najah...

Related Posts with Thumbnails

.::Rise Of Islam::.

FOM Ads II
FOM Ads

Rangkaian Islam

Download

Followers

سبحان الله

Tazkirah Hari ini

Kata2 Imam Syafie : Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?"
Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."


  © Blogger template 'Grease' by Fariezatie 2010

Back to TOP