Saturday, January 16, 2010

TIMURLANE@TAMERLANE

TIMURLANE juga disebut sebagai TAMERLANE yang asalnya dari nama Temur yang pincang ( Lame ) Tamerlane, seorang berkeketurunan Genghis Khan, beliau lahir di Samarkand pada 1336. Pada mulanya beliau ini dikatakan sebagai pencuri kecil dan terluka oleh panah ketika mencuri kambing biri-biri. KeCacatannya itulah menjadikan sebahagian daripada nama-Nya: iaitu "Temur yang Pincang ( Lame)".


Tujuan dari artikel ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengungkap kembali sejarah Islam yang silam agar kita mengerti bagi terus mengungkap Konspirasi dunia hari ini agar kita juga punyai asas kesejarahan, jatuh bangunnya Islam dahulu dan kini.Agak penting bagi kita memiliki asas sejarah dan bagi peminat sejarah pula bolehlah memperhatikan bagaimana Islam itu naik dan jatuhnya kerana sebagaimana Islam itu berdiri dahulu dan ianya tetap akan bangun mengikut cara asalnya juga cumanya keadaan zamannya sahaja yang berbeza.




Kembali membahas kehidupannya Timurlane ,di mana ia bangkit dari kedudukan yang rendah hati sebagai penguasa besar kerajaan selain Transoxiana yang menjadi sebahagian daripada Turkistan, Afghanistan, Parsi, Syria, Qurdistan dan sebahagian besar Asia Kecil.( Transoxiana adalah daerah purba Asia Tengah iaitu, secara harfiah, melintasi (trans) Sungai Oxus. Ini adalah bahagian utama dari jalan Sutera. Oxus didasarkan pada nama Greece bagi sungai Amu Darya, sedangkan Transoxiana adalah nama Latin untuk daerah moden sesuai dengan Uzbekistan, Tajikistan dan Kazakhstan barat daya. Transoxiana adalah daerah dengan dua padang pasir, di mana Kara Kum Kum dan Kyzyl, yang terletak di antara sungai-sungai Amu Darya dan Syr Darya. Bahagian dari kawasan itu juga merupakan sebahagian daripada Empayar Parsi di mana ia dikenali sebagai satrapy daripada Sogdiana.)



Dengan mangkatnya Sultan Abu Sa'id boleh dikatakan kembalilah tanah Iran ke dalam kekacauan,sehingga Amir negeri Kashghar dan Badakhshan mulai menakluki ke Tanah Iran. Waktu itu Timurlane menjadi kepala kaumnya di Samarkand.Mulanya dengan sabar dia menunjukkan kesetiaan pada penakluk yang datang ke negerinya, hinggalah dia mendapat kepercayaan dan sampai dia sanggup menunggu kesempatan yang baik untuk mula naik. Akhirnya tercapailah sebahagian besar dari cita-citanya yang tinggi itu. Cita-citanya ialah jika hanya satu tuhan yang berkuasa di langit maka di dunia ini pun hendaknya satu Raja pula yang berkuasa iaitu dirinya sendiri. Kakinya yang pincang tidak menghalangnya buat mencapai maksudnya yang besar itu .

Dengan padamnya cahaya kerajaan Mongol keturunan Genghis Khan itu, dapatlah dia kesempatan buat mengadu untung nasibnya dalam mencapai maksudnya itu. Bintangnya mulai menyinar terang pada tahun 1380 tatkala dia telah menyusun pengikutnya kaum Tartar dalam menakluki negeri. Afghanistan merupakan negeri pertama yang dapat ditaklukinya, Tanah-tanah Iran dan Kurdistan menyusulinya selepas itu. Di tahun 1393 M, ditaklukinya pula kota Baghdad dan dalam masa dua tahun seluruh negeri di pinggir Dajlah dan El-Furat telah jatuh di bawah kekuasaannya. Sesampai di Takrit tanah kelahiran Sultan Salahuddin di suruhnya mendirikan 'Pyramid' dari kepala penduduk yang di bunuh. Di tahun 1395 dia menakluki sampai ke tanah Rusia dan lebih setahun dia menduduki Kota Moscow. Tiga tahun kemudian di tahun 1398 beliau mula memasuki India dan menaklukinya sampai ke pusat Pemerintahannya iaitu Delhi. Dia masuk ke Tanah India dengan diikuti 400 000 orang tentera. Satu demi satu negeri di India sebelum masok ke Delhi itu ditaklukinya, di rompaknya penduduknya dan di bunuhnya. Seketika akan masuk ke India itu tenteranya telah menawan tidak kurang dari 100 000 orang. Oleh kerana di pandang tawanan-tawanan itu memberati dan susah utnutk menyediakan makanannya, disuruhnya bunuh kesemuanya ,senang cerita!
Setelah itu dia pulang ke pusat kekuasaannya di Tanah samarkand membawa kekayaan yang berlipat ganda tak terkira nilainya.


Cuma sekali dia berjumpa dengan musuh yang tidak mahu menerima kekejamannya maka dia akan melawan kejam dengan bertambah kejam pula, antaranya Sultan Barquq, salah seorang Sultan Mameluk yang terkenal di Mesir. Utusan-utusan Timur yang datang ke Mesir katanya membawa damai telah dibunuh dan kemudian janggutnya dicukur dan di suruh pulang. Cukur Janggut adalah suatu penghinaan yang paling besar pada masa dahulu.



Lalu kampung halaman ku, Samarcanda ...
Menjadi terkenal melalui benua terjauh,
Sebab ada istana-istana akan ditempatkan,
Menara yang bersinar di langit akan kecewa,
Dan melemparkan kemasyhuran Ilion's menara ke neraka.





Sekali lagi Mesir telah dapat bertahan menghadapi gelombang serangan Mong0L. Di tahun 1401M, dia masuk ke tanah Suria sebelah Utara ,dihentam dan didudukinya pula negeri Halap ( Aleppo ).

Hampir keseluruhan penduduk Muslim yang dikatakan sebagai munafik di negeri itu di Bunuh dan kepalanya disusun menjadi "bukit-bukit" dan dikatakan luasnya satu bukit berkepala itu seluas 20 hasta bujur sangkar dan tingginya 10 hasta ( sehasta bersamaan dengan lebih kurang sejengkal ) , tidak kurang daripada 20 000 biji kepala. Rumah-rumah banyak dihancurkan demikian juga masjid dan madrasah-madrasah pusaka Kerajaan Nuruddin Zanki dan Salahuddin. Kemudian dia berangkat ke Damaskus melalui Homat dan Homs dan Ba'albaka, kesemuanya tidak ada yang dapat bertahan. Pertahanan Sultan Faraj, iaitu Sultan Mameluk Mesir yang menguasai Damaskus tidak berhasil, meskipun dengan gigih bentengnya telah dipertahankan sebulan lamanya. Setelah dapat menduduki Damaskus ,Timurlane memeirntahkan tenteranya menakluki dan merompak kemudian disuruhnya bakar sehingga musnahlah Masjid Umayyah yang bersejarah itu. Kemudian itu dipaksanya ulama-ulama yang masih tinggal mengeluarkan fatwa menghalalkan tentang perbuatannya di Damaskus itu. Dikatakan pada masa itu yang beliau ini adalah cambuk azab siksa Tuhan kepada penduduk yang telah lupa kepada Tuhan. Dan bilamana telah selesai fatwa itu dikeluarkan ,ulama-ulama dan ahli pertukangan dan ahli seni yang masih tinggal diangkutnya terus ke Samarkand dengan niat hendak memindahkan keindahan Kebudayaan di sana ke pusat negerinya.




Setelah itu dengan segera dia pun berangakat ke Baghdad hendak menghukum penduduknya yang telah membunuh beberapa orang pesuruhnya kerana tidak dapat menahan hati melihat kezaliman mereka. Sampai di baghdad dilakukannyalah pula kekejaman sebagai yang dilakukan di tempat lain ;bunuh penduduk dan susun kepalanya menjadi 'bukit-bukit'. Dalam Kota Baghdad didirikanlan 120 buah bukit-kepala itu. Demikian juga yang pernah dilakukan di Isfahan, dengan membunuh habis penduduk dan menyusun kepala mereka menjadi bukit-bukau.




Di tahun 1402 M, dimulainyalah menyerang Asia Kecil dengan maksud menghancurkan Kerajaan Turki Osmaniah. Pada 21 Julai 1402 M. bertemulah tenteranya dengan tentera Sultan Bayazid di Angkara. Terjadilah pertempuran hebat ,besar dan dahsyat sekali. Bayazid tidak dapat bertahan sehinggalah beliau tertawan . Kota Brossa di Azmir, pusat kerajaan Osmani ketika itu dapat pula di duduki. Bayazid sendiri dalam perjalanan itu kalau siang hari diikat dengan rantai dan kalau malam hari dimasukkan ke dalam kandang besi, sampai meninggal dalam perjalanan.

Setelah selesai menaklukkan musuh-musuhnya ,baik di Turki atau di Damaskus dan di India, belumlah puas hatinya sebelum dia dapat pula menaklukkan negeri yang besar ,iaitu Tiongkok. Sebab Tiongkok adalah negeri kedudukkan Maharaja-Maharaja yang berdarah Mongol, seketurunan dengannya. Maka disusunnyalah satu tentera yang besar pula. Bahaya Mongol yang seketurunan itu sudah lama di rasai oelh Maharaja-maharaja Tiongkok sehingga baginda perintahkan membuat dinding Tiongkok yang terkenal hingga ke hari ini. Tetapi di dalam perjalanan hendak menuju Tiongkok itu, Timurlane mati di tengah jalan, dalam usia 71 tahun. Jenazahnya diangkat kembali ke Samarkand dan di sana terdapatlah kubur manusia yang dahsyat dan menakutkan itu sehingga sekarang ini.



Yang ajaib sekali apabila dipelajari jiwa Timurlane atau Temurlane ini ialah bahawa dalam kekejaman dan kebengisannya itu, dia adalah seorang yang sangat soleh! Dia penganut mazhab Syiah dan setia mempertahankannya. Lagi pula dia menyukai Tasauf Tariqat Naqshabandiyah.


Keturunan-keturnan Timurlane


Setelah dia merasa ajalnya akan sampai diwasiatkannya orang yang akanmenggantikannya ialah Puteranya yang bernama Pir Muhammad Jahangir yang ketika itu menjadi Gabenor di Kandahar. Tetapi belum pun sempat Pir Muhammad sampai ke Samarkand hendak menjawat pangkatnya yang mulia itu, saudaranya Khalil Mirza telah dapat merebut kekuasaan dan di suruhnya racun saudaranya yang berhak itu sehingga mati.

Tetapi Khalil Mirza tidak dapat mengendalikan pemerintahan dengan baik kerana tidak mempunyai penuh kewibawaan. Umurnya telah dihabiskan dalam bersenang-senang dan berfoya-foya menghabiskan dan memusnahkan harta benda peninggalan ayahnya yang besar itu pemikat hati seorang Puteri kekasihnya. Melihat perangainya yang demikian ,tampillah ke muka saudaranya yang lain bernama Shah Rukh. Dirampasnya kekuasaan dari abangnya Khalil Mirza dan abangnya itu ditawan pula. Setelah diajar di dalam penjara beberapa lamanya , dilepaskannya dan diberi jawatan wali negeri di Khorasan, Tetapi tidak lama sesampai di sana dia pun menemui ajalnya.

Setelah Shah Rukh memerintah ( 1404 - 1447 ) dicubanyalah menyusun dan mengatur negara besar yang diwariskan oleh ayahnya itu dan tidaklah lagi dia hendak menakluki dan menjajah negeri sebagaimana bapanya. Hanya diperintahkannya kepada wali-wali di negeri yang luas itu supaya setia mengaku dan takluk kepadanya.Maka adalah raja-raja negeri itu yang patuh menurut kehendaknya dan ada juga yang melawan. Dan yang melawan itu ialah Barsebai, RAja Mameluk di Mesir.

Shah Rukh menyatakan niat-nazarnya hendak memberi pakaian ( Kiswah ) Kaabah. Tetapi Barsebai Sultan Mesir tidak mahu melepaskan haknya memberi pakaian itu sebab memberi pakaian Kaabah sudah menjadi tradisi sejak ratusan tahun adalah hak kerajaan Mesir. ( sampai sekarang ini pun hak itu masih dipegang oleh kerajaan Mesir )

Setelah maksudnya itu dikhabarkan kepada raja Mesir maka Raja Mesir menjawab ; supaya niat dan nazarnya itu sampai, buatlah kiswah itu lalu jual dan hasilnya kirimkan kepada fakir-miskin di Mekah. lalu Shah Rukh mengirim utusan yang lain ke Mesir, sambil membawa pakaian persalinan kebesaran , sebagai pakaian rasmi yang biasa diberikan kepada Gabenor-Gabenor atau Raja-Raja yang bertakluk kepada Kerajaan Timur. Bukan main murka sultan Mesir menerima pakaian persalinan itu, lalu dirobek-robeknya di hadapan majlis umum dan utusan yang membawa itu disuruh pukul sampai berdarah-darah, ditelanjangi dandiikat kakinya lalu dijulurkan kepalanya ke dalam sumur dalam keadaan cuaca yang sangat dingin ketika itu.





Tentangan yang sperti itu tidaklah dapat dibalas lagi oleh Shah Rukh sebab kekuatan kerajaan Timurlane mulai pecah. Shah Rukh meninggal dalam usia 72 tahun ( 1447 ) ,setelah memerintah selama 38 tahun. Pemerintahannya adil dan sikapnya lemah lembut. Setelah dia wafat naiklah memrintah puteranya Uluq Bey ( 1447 - 1452 M. ). Raja ini lebih terkenal bukanlah kerana kejam pemerintahannya sebagai neneknya, dia masyur adalah kerana alimnya dan hidup sebagai seorang sarjana ilmu pasti. Nasib raja sarjana itu amatlah buruknya kerana belum pun lama beliau memerintah Puteranya sendiri Abdullatif mendurhaka kepadanya. Dibunuhnya ayahnya itu dan dialah yang menduduki di atas singgahsana. Beberapa hari saja dia berbesar hati atas kemenangannya. Setelah dia duduk di atas kerusi yang disangkanya empuk itu,dia menjadi muram dek kerana setiap malam dia bermimpi kedatangan ayahnya menyesali akan perbuatannya.

Dia merasa seakan-akan dikejar-kejar oleh roh ayahnya sehingga matilah ia.Dengan kematian Abdullatif tidak ada lagi raja yang besar yang dapat menjaga warisan yang luas itu sampailah naik cucu Timurlane yang lain iaitu Abu Sa'id ( 1452 - 1469 M ).

Abu Sa'id ( Yang Empunya Bahagia ) rupanya sudah dua kali dalam sejarah Mongol. Yang pertama keturunan Hulagu dan yang kedua adalah keturunan Timurlane . Di tangan kedua Abu Sa'id inilah habis habis kebahagiaan kerajaan nenek moyangnya . Di zaman Abu Sa'id keturunanTimur ini, pecah belahlah negeri itu. Masing-masing Raja berdiri sendiri dan melepaskan diri dari pengaruh dan perlindungan Kerajaan Timurlane.

Kerajaan Abu Sa'id diperebutkan oleh dua buah persukuan Turki yang baru timbul pula iaitu persukuan Kara-Kiyunli ( Domba Hitam ) dan Aga-Kiyunli ( Domba Putih ).

Di dalam satu pertempuran dio antara Ouzoun Hasan pemimpin yang baru timbul itu,tewaslah Abu Sa'id. Satu demi satu gugurlah kebesaran warisan Timurlane itu dan naiklah pula keindahan Kota Hurat tempat kekuasaan Shaibani Khan pemimpin Turki persukuan Uzbek di sebelah Timur.

Di tahun 1500 M, sisa yang paling akhir daripada keturunan Timurlane iaitu Baber putera Abu Sa'id, dapat diusir dari singgahsananya di Samarkand dan terpaksa pindah ke Hindustan dan di sanalah dia mendirikan Kerajaan Mongol yang gilang gemilang. Adapun di sebelah Barat naik pulalah kerajaan Safawy yang akan mempersatukan Iran kembali dalam mazhab Syiah.

Monday, January 11, 2010

Abd-al Rahman Al-Sufi

Abd-al Rahman Al-Sufi (903-986; juga dikenali sebagai Azophi di dunia Barat) merupakan salah seorang ahli sains Islam.

Al-Sufi merupakan seorang ahli astronomi Parsi atau dikenali sebagai Iran sekarang yang juga dikenali sebagai Abd ar-Rahman as-Sufi atau Abd al-Rahman Abu al-Hussain atau lebih dikenali di barat sebagai Azophi.

Beliau lahir pada 7 Disember 903 dan meninggal pada 25 Mei 986.Tinggal di kawasan Emir adud ad-Daula di Isfahan, beliau melakukan tugas menterjemah dan mengembangkan kerja-kerja stronomi Greek, terutama Almagest of Ptolemy.

Sumbangan

Sebagai seorang ahli astronomi terkenal di zaman pertengahan, al-Sufi juga melakukan beberapa sumbangan dengan membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud dan kejelasan yang menyimpang daripada kerja Ptolemy. Beliau mengenal pasti Awan Besar Magellanic yang kelihatan di Yaman dan bukan di Isfahan yang tidak dapat dilihat oleh bangsa Eropah sehingga pengembaraan Megellan pada abad ke 16.

Al-Sufi merupakan penterjemah utama ke Bahasa Arab mengenai Astronomi Hellenistic yang berpusat di Iskandariah. Beliau memerhatikan dan dapat mengira tempoh panjang tahun tropika dan menerangkan mengenai bintang, posisi, magnitud dan warna dan menghasilkan keputusan mengenai buruj demi buruj.Bagi setiap buruj, beliau menghasilkan dua lukisan satu daripada luaran cakerawala dan satu lagi dari sebelah dalam yang dilihat dari Bumi.

Al-Sufi juga menulis mengenai astrolab dan mencari beberapa kegunaan mengenainya. Beliau menerbitkan bukunya yang terkenal ‘Book of Fixed Stars’ pada 964, memaparkan mengenai kerjayanya dalam bentuk teks dan gambar. Dalam keterangan dan gambar mengenai Andromeda, beliau memasukkan ‘A Little Cloud ’yang sebenarnya adalah Andromeda Galaxy M31. Beliau menggambarkannya berada dalam mulut ikan yang besar merupakan buruh Arab dan ‘ awan’ berkenaan telah dikenali oleh ahli astronomi di Isfahan sebelum 905 Masihi.

Dalam bukunya, beliau juga menerangkan mengenai gugusan Omicron Velorun IC 2391 sebagai ‘bintang nebulous ’ di Vulpecula, satu gugusan atau asteris yang kini dikenali sebagai Al-Sufi atau Gugusan Brocchi atau Collinder 399.

Beliau juga menggambarkan Awan Megellan sebagi Al-Bakr, lembu jantan putih di selatan Arab yang mana ia tidak kelihatan dari Utara Arab kerana latitudnya. Al-Sufi menyediakan carta langit daripada pemerhatiannya dan mengubah magnitudnya dan mengubah magnitudnya dengan cermat.

Bukunya Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar merupakan hasil karya yang unggul dalam astronomi stellar.

Bukunya boleh didapati dalam Bahasa Arab dan diterjemah dalam Bahasa Peranchis oleh Schjellerup dan ia dikatakan penting sehingga kini bagi kajian pergerakan dan kepelbagaian.

Kerja-keraja Al-Sufi tidak diketahui di Eropah. Pada masa penciptaan teleskop, Andromeda Nebula telah ditemui oleh Simon Marius pada 1612 menggunakan teleskop.

Al-Sufi juga menjelaskan mengenai warna Sims(satu bintang) tidak berubah yang kemudian disahkan melalui pemerhatian.

Seneca melaporkan melihat Sirms berwarna merah di Rom, Ptolemy pula melihat warna kemerahan di Iskandariah dan Schmidt pada 1841 nampak warna putih selepas warna kuning beberapa hari sebelumnya. Warna yang berlainan dianggap hasil daripada perubahan cuaca dari satu tempat ke tempat lain.

Disebabkan sumbangannya yang besar dalam bidang astronomi, sebuah kawah di bulan dinamakan Kawah Azophi yang mempunyai diameter 47.0 kilometer dalam sembilan bahagian peta bulan dan terletak 22.1 Selatan 12.7 timur. Bear dan Madler dalam tugasannya terkenal Der Mond pada 1837 menyebut kawasan permukaan bulan sempena nama al-Sufi (Azophi)

p/s : klu ade sape yang nak tambah Artikel ni silakn yer...

Fakhruddin al-Razi

Abu Abdullah Muhammad ibni Umar ibn al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani Fakhruddin al-Razi[1] (Parsi: أبو عبدالله محمد بن عمر بن الحسین فخرالدین الرازي) atau Fakhruddin Razi adalah seorang ahli falsafah dan teologi Parsi yang beragama Islam.[2][3] Beliau dilahirkan di Ray di Iran dan merupakan keturunan Khalifah Abu Bakar[perlu rujukan]. Wafat pada tahun 1209 M atau 606 H, beliau dikebumikan di Herat, Afghanistan.

Biografi

Beliau dilahirkan di Ray, Iran, sebuah daerah berdekatan dengan Teheran. Pengajian awal beliau adalah daripada ayahnya iaitu Diya'uddin atau Khatib al-Ray dan ilmu yang dipelajarinya ialah kalam, fiqah dan sains islam. Setelah itu, al-Razi meneruskan pengajian dengan Majduddin al-Jili dan Kamal Samnani. Fakhruddin muslim bermazhab Syafie dan teologinya aliran Ashaari. Beliau dikeneli sebagai Ibni al-Khatib dan Khatib al-Ray. Di Afghanistan dan Iran, beliau dikenali sebagai Imam Razi.

Al Razi kemudiannya mengembara ke Korezmi di Kurasan. Di setiap bandar yang disinggahi beliau, ramai orang mendekati beliau untuk menuntut ilmu. Malahan, belia mencatatkan bandar-bandar yang dikunjunginya, murid-muridnya dan cendiakawan-cendiakawan yang ditemui. Hasil pengembaraan beliau dirumuskan dalam bukunya yang bertajuk Munzarat Fakhruddin al Razi fi Bilad Ma Wara al-Nahar. Beliau juga turut bertemu dengan beberapa pembangkang beliau seperti Mutazilah, Hanbali (yang menetang ilmu kalam), Batiniah dan Qarmatiah di mana ajaran mereka ini dikritik oleh al Razi. Beliau menghabiskan masa tuanya di Herat dan membina masjid di situ.

Karya

Hasil karya al Razi yang terkenal ialah Tafsir al-Kabir, sebuah tafsir al-Quran, juga dinamakan Mafatih al-Ghaib. Karya falsafah beliau pula ialah Sharih al-Isharat, sebuah komentar mengenai karay Kitab al-Isharat wa al-Tanbihat karangan Ibnu Sina, al-Mahsul, sebuah karya fiqah dan Mahabis al-Mashriqya (Bicara Timur).

Muhammad ibn Jarir al-Tabari

Abu Jafar Muhammad bin Jarir al-Tabari atau Ibnu Thabari atau Ibnu Thabary (bahasa Arab: أبو جعفر محمد بن جرير الطبري‎, 838-923 M), adalah seorang sejarawan dan pemikir Muslim dari Iran, lahir di daerah Amol, Tabaristan (sebelah selatan Laut Kaspia). Semasa hidupnya, beliau belajar di kota Rayy, Baghdad, kemudian Syria dan juga di Mesir.

Karyanya yang terkenal antara lain: Tārikh ur-Rusul wal-Mulūk (bahasa Arab: تاريخ الرسل والملوك‎, Sejarah para Nabi dan Raja), yang berisi sejarah dunia sehingga tahun 915, dan terkenal kerana ketepatannya dalam menulis sejarah Arab dan Muslim.

Karyanya yang lain yang juga terkenal adalah berupa tafsir Al-Quran bernama Tafsir al-Tabari, yang sering digunakan sebagai sumber oleh pemikir Muslim yang lain, seperti Baghawi, Suyuti dan juga Ibnu Katsir.



Related Posts with Thumbnails

.::Rise Of Islam::.

FOM Ads II
FOM Ads

Rangkaian Islam

Download

Followers

سبحان الله

Tazkirah Hari ini

Kata2 Imam Syafie : Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?"
Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."


  © Blogger template 'Grease' by Fariezatie 2010

Back to TOP