Sunday, January 10, 2010

Ammar ibn Yasir

Ammar ibn Yasir merupakan anak kepada pasangan Yasir seorang pengembara Arab dan Sumaiyyah. Nama ibunya terkenal kerana ibunya merupakan orang pertama yang syahid dalam Islam. Ammar merupakan salah seorang sahabat yang hidup dari zaman Nabi sehingga ke zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang keempat iaitu Ali bin Abi Talib.

Di zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar as-siddiq
Beliau pernah berkhidmat untuk Saidina Abu Bakar as-siddiq utk memerangi gerakan riddah yang diketuai oleh Musailamah al-kazzab

Kematiannya

Kematiannya telah dijangkakan oleh Nabi Muhammad dalam hadithnya iaitu:

"Sesungguhnya Ammar akan dibunuh oleh golongan penderhaka dan minuman terakhirmu di dunia ini adalah susu."

Ammar terkorban syahid dalam Perang Siffin iaitu beliau berperang bagi pihak Saidina Ali bin Abi Talib. Ketika itu umur beliau sekitar 88 tahun.


Ja'far bin Abi Thalib

Ja'far bin Abi Thalib (Arab: جعفر ابن أبي طالب) (dikenali juga dengan julukan Jafar-e-Tayyar) adalah anak lelaki Abu Thalib (bapa saudara dari Nabi Muhammad, dan abang kepada Imam Syi'ah pertama dan Khalifah ke-4 Ali bin Abi Thalib. Ja'far dibesarkan oleh bapa saudaranya, Abbas bin 'Abdul Muththalib, kerana ayahnya yang miskin dan harus menanggung keluarga besar.

Terdapat keserupaan antara Ja'far dan Muhammad, baik dalam rupa mahupun sifat yang dimiliki. Muhammad memanggil Ja'far, "Bapa orang-orang Miskin", kerana beliau selalu menolong dan membantu orang miskin dengan semua uang yang dimiliki.

Kehidupan Awal

Ja'far bin Abi Thalib termasuk golongan awal memeluk Islam, sewaktu kecil dia dalam jagaan bapa saudaranya iaitu Al-Abbas, begitu juga saudaranya Ali bin Abi Thalib berada dalam jagaan Nabi Muhammad, Ja'far bin Abi Thalib menikah dengan Asma bintu Umais.

Hijrah Ke Habsyah

Ja'far dan istrinya kemudian mengikuti hijrah kedua ke Habsyah kemudian melalui dia. raja Habsyah, Najasyi iaitu Ashhamad bin Al-Abjar, memeluk Islam setelah menerima surat dari Nabi Muhammad yang dikirim melalui Amr bin Ummayyah Adh-Dhamary.

Ja'far bin Abi Thalib pulang dari Habsyah sewaktu penaklukan Khaibar dan turut menuju ke Khaibar bersama dengan Abu Musa Al-Asy'ary. Pada tahun ke 8 Hijrah, Ja'far bin Abi Thalib ikut perang Mu'tah dan gugur syahid. Selain beliau, turut gugur ialah Zaid bin Haritsah dan Abdullah bin Rawahah. Peperangan itu merupakan peperangan pertama umat islam dengan pasukan Rom.

Mus'ab ibn Umair

Mus'ab ibn Umair (bahasa Arab: مصعب بن عمير‎) merupakan seorang pemuda yang berasal dari golongan bangsawan Makkah dan terhormat. Berwajah kacak dan segak, Mus'ab menjadi tumpuan kaum wanita ketika itu. Ibunya bernama Khunnas binti Malik.

Kehidupan

Sebelum memeluk Islam, Mus'ab merupakan golongan cendikiawan Makkah dan sering dijemput ke mesyuarat para pemimpin Makkah yang ketika itu dihadiri oleh Abu Jahal, Abu Sufyan ibn Harb dan para bangsawan yang lain.

Selepas memeluk Islam di tangan Arqam ibn Abi Al-Arqam, Mus'ab kemudiannya bertukar watak menjadi zuhud dan warak.

Antara dugaan beliau adalah mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri sehinggakan beliau dikurung di dalam rumah dan dijaga oleh pengawal.

Bagi mengelakkan seksaan, Mus'ab berhijrah menuju ke Habsyah sebanyak dua kali.

Jasa & Sumbangannya

Atas jasanya, Mus'ab merupakan perintis kepada para sahabat yang lain dalam proses pemelukan Islam di Madinah. Ramai di antaranya seperti Muaz ibn Jabal, Sa'ad ibn Muaz, Sa'ad ibn Ubadah, Usaid ibn Khudair, Thabit ibn Qais, tiga orang anak lelaki Amru ibn Jamuh dan ramai lagi memeluk Islam atas usaha beliau.

Mus'ab juga terlibat dalam Perang Badar dan Perang Uhud. Dalam Perang Uhud, Mus'ab dipertanggungjawabkan untuk memegang panji Islam. Dalam peperangan tersebut beliau gugur syahid.

Abu Ayyub al-Ansari

Abu Ayyub al-Ansari r.a (587 - 668) atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Bani An-Najjar. Beliau mendapat penghormatan kerana Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah semasa baginda berhijrah ke sana dari Mekah.

Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang-orang Ansar bercita-cita supaya Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansari r.a.

Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah dunia kemudian terus masuk ke rumahnya.

Jasa & Sumbangan Beliau

Beliau terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud:

"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Konstantinopel"

Turki Uthmaniyyah mengangkat beliau sebagai idola dalam usaha pembebasan kota Konstantinopel ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.

Related Posts with Thumbnails

.::Rise Of Islam::.

FOM Ads II
FOM Ads

Rangkaian Islam

Download

Followers

سبحان الله

Tazkirah Hari ini

Kata2 Imam Syafie : Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?"
Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."


  © Blogger template 'Grease' by Fariezatie 2010

Back to TOP