Ja'far bin Abi Thalib
Ja'far bin Abi Thalib (Arab: جعفر ابن أبي طالب) (dikenali juga dengan julukan Jafar-e-Tayyar) adalah anak lelaki Abu Thalib (bapa saudara dari Nabi Muhammad, dan abang kepada Imam Syi'ah pertama dan Khalifah ke-4 Ali bin Abi Thalib. Ja'far dibesarkan oleh bapa saudaranya, Abbas bin 'Abdul Muththalib, kerana ayahnya yang miskin dan harus menanggung keluarga besar.
Terdapat keserupaan antara Ja'far dan Muhammad, baik dalam rupa mahupun sifat yang dimiliki. Muhammad memanggil Ja'far, "Bapa orang-orang Miskin", kerana beliau selalu menolong dan membantu orang miskin dengan semua uang yang dimiliki.
Kehidupan Awal
Ja'far bin Abi Thalib termasuk golongan awal memeluk Islam, sewaktu kecil dia dalam jagaan bapa saudaranya iaitu Al-Abbas, begitu juga saudaranya Ali bin Abi Thalib berada dalam jagaan Nabi Muhammad, Ja'far bin Abi Thalib menikah dengan Asma bintu Umais.Hijrah Ke Habsyah
Ja'far dan istrinya kemudian mengikuti hijrah kedua ke Habsyah kemudian melalui dia. raja Habsyah, Najasyi iaitu Ashhamad bin Al-Abjar, memeluk Islam setelah menerima surat dari Nabi Muhammad yang dikirim melalui Amr bin Ummayyah Adh-Dhamary.
Ja'far bin Abi Thalib pulang dari Habsyah sewaktu penaklukan Khaibar dan turut menuju ke Khaibar bersama dengan Abu Musa Al-Asy'ary. Pada tahun ke 8 Hijrah, Ja'far bin Abi Thalib ikut perang Mu'tah dan gugur syahid. Selain beliau, turut gugur ialah Zaid bin Haritsah dan Abdullah bin Rawahah. Peperangan itu merupakan peperangan pertama umat islam dengan pasukan Rom.
0 comments:
Post a Comment